Saya terbaca dan 'ter'lihat di internet tentang Art Therapy yang digunakan oleh counselor atau therapist. Cukup seronok kerana melaluinya kita boleh membantu client dalam permasalahan mereka. Salah satu art therapy ialah Sand Play Therapy. Kaedahnya ialah, kita kena ada pasir (yang elok sikit la) yang diletakkan di dalam satu bekas, seperti laci. Dasar bekas tu mestilah berwarna biru melambangkan sungai atau laut. So client akan diminta untuk meletakkan beberapa benda di atas pasir itu, ubah susunan pasir dan buatlah apa sahaja yang dia fikir 'kena' dengan dirinya pada waktu itu.
Contohnya, kalau dia sedang berasa kecewa, client itu nanti akan ambil patung orang sedih ke, yang melambangkan kekecewaan. Lepas tu mungkin dia akan letak patung itu di kawasan seperti pulau yang melambangkan beliau sedang bersendirian. Mungkin dia nak letak benda lain, atau mungkin juga dia letak satu patung itu sahaja.
So tugas kaunselor or therapist nanti ialah untuk merungkaikan apa maksud sand play itu. Kita akan tolong client untuk dia luahkan perasaan hatinya melalui sand play.
Cukup seronok! Tapi saya kena mahirkan diri untuk therapy cara ini. Saya kena hadiri kursus certification untuk faham apa bendanya sand play therapy ni. Hmmm... nanti kalau saya dah competent, boleh la kita cuba ye!
No comments:
Post a Comment