Friday, December 20, 2013

Kenapa Tak Daftar?


      Sewaktu mengunjungi sebuah sekolah pada bulan September 2013 yang lalu, saya telah bertemu dengan seorang kaunselor. Beliau berumur dalam lingkungan 50an dan telah menceburi bidang kaunseling selama hampir 20 tahun. Apabila ditanya adakah beliau seorang kaunselor berdaftar, jawapan yang saya terima... TIDAK! Pulak dah... kenapa macam tu? Kenapa tak nak berdaftar menjadi seorang kaunselor?
      Kalau baca artikel di atas, memang dikatakan jumlah kaunselor di Malaysia ni masih rendah? Tapi tak pula dinyatakan nisbah antara kaunselor berdaftar dan pengamal kaunseling yang ada. Pokok persoalannya, kenapa ada kaunselor ni yang tak nak berdaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia? Adakah faktor-faktor di bawah ini adalah sebahagian dari sebabnya? Atau ada sebab yang lain?

1) Proses pendaftaran yang terlalu rumit
2) Pengamal kaunseling Islam tidak diikhtiraf
3) Tidak mahu menjadikan kaunseling sebagai kerjaya, hanya sebagai ilmu
4) Pengiktirafan kerjaya belum meluas
5) Tiada penerangan lanjut dari pihak Lembaga Kaunseling

    Mungkin satu pun di antara faktor di atas bukan penyumbang kepada kurangnya pengamal kaunseling yang tidak mahu berdaftar. Mungkin memang ada sebab yang lain. Tetapi saya memang ingin nak tahu jawapannya. Saya nak bertanya kepada PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) mengenai hal ini. Bukan apa, saya memang berminat nak jadikan kaunseling ni sebagai kerjaya; nak bantu pekerja, pelajar dan sesiapa sahaja. Saya nak dalami ilmu ini selagi terdaya.
    Ok nanti saya beritahu lebih lanjut kalau dapat jawapan dari pihak PERKAMA ye.

No comments:

Post a Comment