Monday, April 7, 2014

Consortium - Segalanya Berkemungkinan

Seorang pensyarah saya pernah memberikan buah pandangan untuk saya dan rakan-rakan mewujudkan satu konsortium untuk kami berikan khidmat bakti dari sudut kaunseling kepada masyarakat. Terdetik di hati saya, ini adalah saya cadangan yang bagus. Faedahnya bukan sahaja kepada kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga. Lagi pun, itu memang salah satu objecktif bidang kaunseling kan?

Mungkin kami (rakan sekelas) boleh memfokuskan kepada bidang pengkhususan kami nanti. Mungkin ada yang boleh 'jaga' clinical counseling or psychology, mungkin ada yang boleh khusus kepada client LGBT, mungkin ada yang pakar dalam sesuatu teknik therapy... Dan saya, saya nak fokus kepada organizational counseling, kaunseling pekerja. Saya nak guna Holland Model, California Psychological Inventory, MBTI dan apa2 jua kaedah untuk bantu pekerja dan organisasi.

"Awal lagi lah..."
"Habiskan belajar dulu..."
"Boleh ke..."

Take it positively. Kalau ada yang cakap kat saya macam ni, maknanya mereka prihatin terhadap diri saya dan mereka nak saya berjaya. Kita kena fikir sekarang untuk apa yang kita nak buat di masa hadapan. Planning tu penting.

So, kawan-kawan sekalian, are we ready for the consortium?