Tuesday, May 13, 2014

MIDLIFE CRISIS


Krisis yang kononnya ada ini akan memberi kesan kepada kerja kita, perhubungan kita sesama keluarga atau rakan, kesihatan juga akan terjejas sebab asyik nak fikir pasal krisis itu dan mungkin juga akan berikan kesan kepada orang lain. 

Saya terbaca di dalam sebuah buku mengenai seorang therapist terkenal iaitu Cark Jung, bahawa beliau mengalami midlife crisis sewaktu berusia 39 tahun. Pada tahun 1914 (ketika itu), krisis pertengahan umur ini selalunya dianggap sebagai depression (tekanan perasaan). Selepas membaca serba sedikit mengenai kisah beliau, saya tertanya-tanya kepada diri sendiri... apakah itu midlife crisis? Apa yang menyebabkan manusia menghadapi krisis sebegini? Apa jalan penyelesaiannya?
Yang pasti, sehingga saya menulis ini, saya belum dapat kepastian 100% mengenai krisis pertengahan umur ini. Saya cuba membuat andaian, walaupun itu tidak digalakkan, mengenai apakah yang dimaksudkan dengan krisis ini. Pada mulanya saya bertanya pada diri sendiri - apakah 'umur' yang boleh kita katakan sebagai 'pertengahan usia'? Adakah 40 tahun itu pertengahan usia? Atau 32 tahun itu pertengahan usia? Saya membuat andaian bahawa tiada seorang pun yang tahu bilakah sebenarnya 'pertengahan usia' mereka. Kerana - kita tak tahu bila kita akan mati!
So berbalik kepada krisis ini, apakah simtom-simtom nya? Ada yang beranggapan bahawa krisis ini muncul apabila 'orang dewasa' baru menyedari mengenai hal kehidupannya dan sedang berkira-kira tentang masa yang beliau ada sebelum ajal menjelma. Ini adalah terma yang diberikan oleh Elliot Jaques (1965). Ada yang sudah membelek-belek muka yang berkedut, ada yang dah belek-belek rambut yang beruban, dan ada juga yang sugul mengenangkan 'memori ingatan' yang dah semakin berkurangan.
Jadi, apakah cara nak kawal krisis ini? Adakah dengan mengambil ubat-ubatan dapat 'menyembuhkan' diri kita dari krisis pertengahan umur ini?
Bagi saya, soalan di atas bukan pokok soalan utama. The main question will be - do you belief that you are having the midlife crisis? If you do, who said so? Ingat apa yang saya selalu katakan, "anda adalah apa yang anda fikirkan". Kalan anda fikir anda boleh berjaya, macam mana sekali pun, anda akan berjaya. Kalau anda fikir anda manusia yang sentiasa gagal, anda akan sentiasa menemui kegagalan. Jadi jika anda fikir anda menghadapi krisis pertengahan usia, maka anda memang ada krisis tersebut. First of all, berfikir lah dengan positif. Kedua, kembali lah kepada ajaran agama yang sempurna. Ini adalah kerana, kebanyakan orang yang kononya hadapi krisis ini tidak mempunyai keutuhan pegangan agama.
Kalau jiwa tak tenang, hati gundah gulana, fikiran kusut... semua masalah boleh hinggap kat kita dengan mudah. Apa lagi cara yang paling efektif untuk mententeramkan jiwa?
Jawapannya ada pada diri anda.