Niat dan perancangan nak buat ni dah lama dah! Waktu tu aku terkasima melihat kumpulan KINDNESS.MY buat projek 'keperihatinan' kat mana-mana. So terdetik kat hati, aku pun boleh buat cam ni jugak. Bukan nak tiru konsep... sebab aku rasa satu dunia dah ada group yang buat kerja amal cam ni. Bagi aku, pemberian sesuatu barang bukat sekadar kepada golongan gelandangan sahaja. It is not to whom that we give, it is all about why we give it.
So aku berniat untuk mulakan pilot project ni. Perancangan di buat pada 4hb August 2014. Aku cadang nak collect duit sendiri, and just beli something to give away. Aku pun start la buat kertas kerja (simple one jer). Aku buat objektifnya, aku listkan apa projek yang boleh aku lakukan dan aku rangka kan kos. Niat di hati, aku nak buat sebulan sekali. Give something... contohnya, air mineral, roti, air kotak, surah Yassin, tasbih, free talk kat sekolah, motivation button, ui dan sebagainya.
Dana mana nak dapat? Buat masa ni cam yang aku katakan, aku guna duit aku sendiri dulu. Ala... bukan banyak mana pun. Kecil-kecilan ajer. Aku harap bila ramai yang rasa nak join (bukan paksaan ye), kita boleh top-up dana sama-sama dan boleh berikan barangan yang lebih banyak lagi.
Apa ko dapat? Ni soalan dari salah seorang kawan.
Tipu la kalau aku tak dapat apa-apa kan? Sebenar memang aku dapat something... aku dapat kepuasan diri dan keseronokan. Seronok bila tengok wajah-wajah rakan sekerja tersenyum bila dapat air dan roti tadi. Wajah mereka pun ceria je bila masuk kerja.
Ni la tujuannya... bagi orang merasai hari-hari yang ceria dan ada semangat nak buat kerja. Insya Allah, kalau panjang umur dan dimurahkan rejeki, saya akan buat lagi caring is sharing ni untuk bulan-bulan akan datang.