KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menyarankan agar semua
organisasi perlu mengambil kira isu stres yang berkaitan dengan pekerjaan.
“Majikan
perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan bagi mencegah atau
mengurangkan risiko-risiko psikososial agar membolehkan pekerj amemainkan
peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran kerja psikososial yang sihat.” Kata
Lam Tyhe.
Tambah
beliau lagi, “Pengurusan stres dan risiko psikososial di tempat kerja akan
mewujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai dan
akhirnya budaya di tempat kerja akan menjadi lebih positif. Akhirnya
produktiviti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik.”
Jelas beliau
lagi, walaupun banyak faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan
kesejahteraan pekerja, terdapat bukti yang signifikan bahawa persekitaran
tempat kerja adalah salah satu daripada puncanya.
“Dalam
persekitaran psikososial yang baik, kerja boleh menberikan manfaat kepada
kesihatan mental pekerja, memberikan mereka rasa yang lebih besar dalam
penyertaan sosial, identiti dan status, serta peluang untuk pembangunan dan
meningkatkan keyakinan,” jelasnya lagi.
Pengurusan
stres di tempat kerja akan menuwujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana
pekerja berasa dihargai. Sebaliknya ujar Lam Thye, persekitaran psikososial
kerja yang buruk boleh memberikann kesan negatif yang signifikan ke atas kesihatan
pekerja.
Terdapat
5 kategori hazard kesihatan yang dikenal pasti di tempat kerja iaitu fizikal,
kimia, biologi, ergonomik dan psikososial. Stres tergolong di bawah kategori hazard
psikososial. Setiap pekerja menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada
kehidupan seharian mereka di pejabat atau di tempat kerja.
“Isu di
tempat kerja adalah merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemurungan.
Walau bagaimana pun, isu ini sering diabaikan terutamanya oleh pihak majikan.
Pekerja mungkin tidak mengenali simtom awal, terutamanya jika mereka mengalami
kemurungan yang sederhana seperti keletihan dan dystymia,” Tegasnya.
Dalam
pada itu kata Lam Tyhe, kesan terhadap masalah kesihatan mental pekerja,
keluarganya dan masyarakat secara keseluruhan adalah amat besar dan perlu
ditangani dengan baik.
“Adalah
penting kebahagiaan dan kesejahteraan pekerja dan keluarga mereka dapat
dipastikan melalui inisiatif meningkatkan kesihatan mental yang baik di tempat
kerja. Isu-isu kesihatan mental di tempat kerja perlu diberikan perhatian yang
serius kerana produktiviti kakitangan di setiap organisasi adalah bergantung
kepada kesihatan mental pekerja,” katanya lagi.
Lam Thye
juga meminta majikan sedar bahawa pengabaian terhadap kesihatan mental dan
faktor-faktor psikososial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja
tersebut malah akan memberi kesan langsung kepada produktiviti, kecekapan dan
keuntungan di mana-mana organisasi.
“Status
kesihatan mental pekerja yang merosot boleh memberi kesan kepada prestasi
pekerja, sakit yang kerap, ketidak-hadiran, kemalangan dan perukatan
kakitangan. Isu yang berkaitan dengan kesihatan mental di tempat kerja juga
mempunyai kesan langsung ke atas semua pihak yang berkepentingan di tempat
kerja termasuk majikan, pelanggan dan masyarakat yang berada di sekitarnya.”
“Tiada
satu pun tempat kerja yang kebal daripada masalah gangguan mental. Impak dari
segi psikologi, sosial dan ekonomi adalah tinggi. Kepentingan kesihatan mental
juga tidka boleh diabaikan sebaliknya perlu diberi perhatian sewajarnya dalam
pelbagai perkara di mana-mana organisasi.”
“Apabila
membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, perkara
berkaitan kesihatan mental di kalangan pekerja tidak boleh diabaikan. Promosi
kesihatan di tempat kerja adalah amat penting dan ia memerlukan gabungan usaha
di antara majikan, pekerja dan kerajaan untuk bekerjasama bagi meningkatkan
tahap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.”
“Tempat
kerja memberi kesan langsung dalam mempengaruhi fizikal, mental, ekonomi dan
sosial pekerja dan seterusnya akan mempengaruhi kesihatan keluarganya, komuniti
dan masyarakat sekeliling. Konsep bagi mempromosikan kesihatan di tempat kerja
semakin menjadi relevan apabila makin ramai organisasi awam dan swasta
menyedari bahawa kejayaan di masa depan dalam pasaran globalisasi hanya boleh
dicapai dengan tenaga kerja yang sihat, berkelayakan dan juga bermotivasi.”
“Pelaksanaan
promosi kesihatan di tempat kerja boleh memastikan keseimbangan yang fleksibel
dan dinamik di antara jangkaan pelanggan, sasaran organisasi dan kemahiran
serta keperluan kesihatan pekerja, yang mana ia boleh membantu
syarikat-syarikat dan organisasi untuk bersaing di pasaran.”