Wednesday, June 15, 2016

PERSEDIAAN NAK BUAT PHD

Kalau ikut fitrah, saya belum boleh nak bagi komen tentang cara... rasa... feeling.. bagaimana nak berhadapan dengan cabaran getir berhadapan dengan Phd ni.Saya pun tak boleh nak cakap yang buat Phd ni susah, sebab saya belum lagi start buat Phd (eventhough dah buat brief proposal). Sebabnya, saya hanya akan 'masuk class' pada semester Jun nanti... in syaa Allah.

Saya nak bagi 3 tips bagaimana untuk bersedia untuk melangkah kaki sebagai seorang pelajar Phd. Harus diingat, ini cuma pandangan peribadi saya yang kurang pengalaman, apatah lagi kurang pengetahuan. Nanti kalau anda baca dalam tips-tips di bawah ni, kalau anda nampak perkataan KERJA, itu saya rujuk kepada perkataan BELAJAR ye.

1. Pilih dengan teliti dengan siapa anda nak buat kerja nanti.
Bila anda teruja untuk sambung belajar Phd, jangan hanya meneliti dan menilai universiti yang akan anda pilih. Ini adalah kerana, anda juga perlu consider siapakah supervisor anda dan siapakah research group anda nanti (jika ada). Melalui pembacaan, saya boleh rumuskan bahawa "untuk ditawarkan menjadi pelajar Phd adalah jauh lebih mudah dari menyelesaikan tesis anda itu nanti." Kejayaan anda nanti banyak bergantung kepada tip ini... dengan siapa anda ingin bekerja dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar Phd. Percaya lah, ianya akan memberikan impak yang besar kepada kajian anda nanti.

2. Anda bukan seorang pakar (belum lagi).
Konon kata (konon la...), bila dah buat Phd ni, kita la yang the best among the best. Ok la tu... sebab ayat cenggini lah yang boleh dijadikan semangat dan motivasi untuk kita berjaya, ye tak? Kita sedia maklum, ikut statistik, hanya 25% pelajar sarjana muda yang akan teringin untuk meneruskan pengajian di peringat sarjana (Master). Dan dari jumlah itu pula, hanya 10%-20% yang akan melangkah ke gerbang Phd. Secara kasar, daripada 40 orang pelajar, hanya 1 atau 2 orang sahaja yang akan sambung pengajian ke peringkat Phd. So dari omongan ini, selalunya, pelajar Phd akan cakap "they are the best among the best".

Dalam dunia Phd, anda bukannya at the top tau! Anda sebenarnya seorang novice yang akan terkial-kial nak buat research. Jangan riak nak cakap yang anda dah cukup bagus. You actually start all over again with a new way of study. Your grade waktu kat peringkat sarjana dulu tak boleh diambil kira sangat. Anda akan memerlukan skil baru untuk mengharungi dunia Phd ni. No exam... no lecturer notes.

3. Mula sedari awal.
Kalau kat peringat bawahan, bila anda buat salah, sure lecturer akan tegur (ada jugak yang kena marah, atau lecturer tu sendiri yang merajuk keluar class). So begitu juga dengan pelajar Phd... mereka lebih mudah berasa takut untuk melakukan kesalahan sebab takut kena marah dengan supervisor. Laa... pulak dah. Setahu saya la (bukan dari pengalaman ye), bila buat Phd ni, kita tak dapat lari dari melakukan kesalahan. Tapi kita akan belajar dari kesilapan ini... kita akan kaut pengalaman berharga melalui kesalahan yang kita dah buat.

Jadinya, kita kena mulakan dari awal lagi. Apa yang nak dimulakan? Baca... baca... baca... Kita akan perlu membaca beratus-ratus articles and journals. Sebatikan semua itu ke dalam jiwa anda. Buat plan untuk apa yang anda nak buat untuk 3-4 tahun akan datang. Kalau semua ni anda nak mulakan dalam tahun kedua, lambat dah tu! Buat awal... plan awal... kot boleh siapkan awal nanti.

Cam saya cakap tadi, ini cuma pandangan peribadi saya sebagai seorang bakal Phd candidate. Anda mungkin boleh jumpa dengan 1001 buku / articles tentang tips-tips cemerlang untuk menjadi seorang pelajar Phd. Read it if you want. Sehingga bertemu lagi di lain entry...