Wednesday, June 27, 2018

Berubah lah... boleh?

Bila setiap kali saya bangkitkan isu tentang perubahan, ramai yang pandang sinis dan cakap... "macam la dia bagus sangat nak cakap pasal berubah?" Bukan sorang dua yang cakap begitu, tapi ramai. Bukannya orang yang saya tak kenal, tapi orang-orang yang saya amat kenal dan berada di sekeliling saya juga.

To cut the story short, saya cuma nak petik ayat dari sebuah buku yang saya baca (terbitan Tarbiah Sentap) - "Tak perlu tunggu diri tu sempurna baru nak tarbiah orang lain. Dengan syarat... kena tahu level tarbiah kita tu macam mana".

Aku malas nak ulas ayat di atas. Korang yang baca ni pun dah besar panjang, so ulas le sendiri ye.

Bagi aku, orang yang ingin berubah adalah orang yang tahu dirinya tidak sempurna (sifat manusia) dan dia mahu kelainan dari apa yang dia ada. Selalunya kita akan cakap tentang perubahan yang positif, nak jadi lebih baik... nak jadi lebih hebat. Pada awalnya, kita nak jadi lebih baik dan hebat depan kawan-kawan kita... depan adik beradik kita... depan family kita... depan bos kita. Tapi ketahuilah ada satu tahap yang kita sebenarnya nak tunjuk diri kita ni lebih baik depan Allah S.W.T.

Apabila kita menyesali sifat kita yang dahulu nya jahil, banyak buat dosa, melawan cakap ibu bapa, tak solat... maka itu adalah detik langkah pertama menuju kearah perubahan. Allah sayang kat kita. Di berinya kita peluang untuk menyesali diri, bertaubat dan berubah. Dan adakalanya akan datang bantuan luar atau external influences untuk kita berubah. Dan selebihnya, ianya terletak pada diri kita sendiri.

Aku nak serap masukkan topik ni dalam next ceramah motivasi aku. Aku nak orang tahu konsep untuk mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih hebat. Aku nak kita sama-sama kongsi cerita sebab aku juga sedang melalui perubahan diri; we all do.

Berjumpa lagi di lain entry...