Pada 16hb Oktober 2019, saya dijemput menjadi salah seorang panel untuk satu forum hebat anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Puncak Alam. Disamping saya, ada lagi 2 orang ahli panel yang sama-sama berkongsi pengalaman di dalam kerjaya.
Objektif kami, untuk memberikan kefahaman kepada para graduan tentang the reality of work di luar sana. Kami berbincang tentang benarkah graduan ini demanding dalam soal kerjaya? Mereka memilih kerja... mereka demand gaji tinggi.
Salah satu komen saya... "Anda perlu buktikan value yang anda ada. Jika anda excellent, superb, outstanding, saya yakin di mana pun anda kerja, rezeki anda akan melimpah ruah. Jangan hanya lihat wang ringgit sebagai sumber kehendak diri. Sebab banyak lagi perkara yang anda boleh achieve untuk berjaya dalam hidup".
Kalau ada yang nak komen, sila kan ye. Kita bincang ilmiah...
