Wednesday, October 8, 2014

BIBLIOTHERAPY - MEMBACA UNTUK MERAWAT

Biblioterapi adalah satu teknik interaksi antara client dengan therapist atau counselor berdasarkan kepada perkongsian suatu bahan bacaan. Bahan bacaan itu harus dipilih dan tak boleh main 'serkap jarang' sahaja. Selalunya, di Malaysia ini, terapi ini selalu digunakan di kalangan kanak-kanak dan remaja dalam usaha untuk mencegah mereka dari penggunaan najis dadah. Ianya adalah konsep pencegahan.
Apa yang best nya guna konsep ini? Bibliotherapy dapat membentuk konsep diri yang lebih positif, memotivasikan individu, boleh juga meredakan tekanan (sebab di Barat, terapi ini banyak digunakan untuk rawatan depression) dan juga untuk memberikan kesedaran kepada individu tersebut bahawa mereka tidak 'keseorangan' di dalam masalah mereka.
Saya terkesan dengan konsep ini. Jadi apa yang saya nak buat sekarang ini dig down all the information yang ada tentang bibliotherapy. Saya nak cari mana-mana practitioner di Malaysia ini yang mengunakan terapi ini.
Saya nak belajar lebih lanjut. Jom ikut sama!

No comments:

Post a Comment