Pada 23hb Ogos 2015, saya menganjurkan satu motivation talk kepada anak-anak kariah Kampung Semarang, Dengkil. Target yang hadir dalam 20 orang, tapi pagi tu saya dapat kehadiran seramai 28 orang. Alhamdulillah...Ini program setengah hari saja... kita nak bercakap tentang persediaan diri anak-anak ini (berumur antara 13 hingga 17 tahun) untuk peperiksaan yang bakal menjelma.
Saya pun ada selitkan hal-hal tentang dunia kaunseling; tentang bagaimana mereka perlu peka kepada keperluan diri sendiri, dan tahu apa yang mereka inginkan. Di hujung program, saya dedahkan mereka kepada Inventori Minat Kerjaya - tentang apa yang mereka minat di dalam bidang kerjaya pilihan mereka. Ada tu yang tak tahu nak kerja sebagai apa; tak ada simpan citi-cita. Tu yang sedey sikit tu...
Program ini adalah program pengenalan... Insya Allah jika ada peluang dan diizinkanNya, saya akan menyusul lagi dengan program2 susulan. Saya pun dah bagitahu kepada pengerusi JKKKP, kalau ada peruntukan lebih, kita boleh lah buat progran bermalam... banyak event yang boleh kita selitkan nanti.

No comments:
Post a Comment