Pada 9hb Oktober 2015, saya telah dijemput oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat, Daerah Hulu Langat untuk mengadakan sesi talk selama 3 jam bagi tajuk Pengurusan Stres. Bila dapat panggilan jemputan ni 2 minggu sebelumnya, saya tak cerita banyak... terus setuju!
Tapi bila mereka minta buat sesi selama 3 jam, saya pun terfikir... apa yang nak disampaikan dalam masa 3 jam tu ajer? Selalunya untuk tajuk ni, saya buat 2 hari 1 malam. Paling sikit pun, sesi selama 1 hari penuh. Sebab saya akan selitkan banyak simulasi... banyak games dan perbincangan kes. Tapi, nak semahu daya... so saya YAKIN BOLEH ajer!
Ni saya tengah nak mulakan bicara...
Antara simulasi yang diadakan.
Nak mulakan simulasi 'Komunikasi Berkesan' dengan mengadakan games guna peribahasa.
Apa pun, program ini berjalan dengan lancar. Peserta juga berikan kerjasama yang positif sewaktu talk sedang berjalan. Banyak perkongsian yang kami dapat. Saya juga sempat buat ujian personaliti kepada peserta. Yang pastinya, saya juga menerapkan konsep kaunseling di dalam talk saya ini.
Semoga ada manfaat yang kami terima. Dan semoga bertemu lagi di dalam sesis-sesi yang lain.
Terima kasih daun keladi...
Thursday, October 15, 2015
Thursday, October 8, 2015
UJIAN PERSONALITI - PILIH POKOK
Kepada sesiapa yang dah pernah melalui ujian personaliti ni, mesti mereka tahu apa objektif utama kita buat ujian ni. Macam-macam jenis ujian ada... dari yang jawab soalan, pilih warna, pilih pintu... dan kat bawah ni saya nak tunjukkan jenih yang pilih pokok pulak.
Jangan pula ada di antara anda yang cakap ujian ni karut la... tahyul la... kurafat la... Ini adalah pendekatan psikologi... sains. Kajian ni dah diguna-pakai globally. Dan yang pastinya, ianya bertujuan untuk mencari kehebatan diri anda dan seterusnya kita cari jalan untuk teruskan kehebatan ini sebaiknya.
Oh ya... jom cari buku bertajuk Anda Nak, Anda Dapat! terbitan Alaf 21, Karangkraf. Dalam ni saya ada terangkan konsep mudah untuk dapatkan apa yang anda hajati. Aah... saya le penulisnya.
Jom kita buat ujian personaliti ni. Anda perlu memilih 1 jenih gambor pokok sahaja... Lepas tu, kita tengok keputusannya di bawah.
Jangan pula ada di antara anda yang cakap ujian ni karut la... tahyul la... kurafat la... Ini adalah pendekatan psikologi... sains. Kajian ni dah diguna-pakai globally. Dan yang pastinya, ianya bertujuan untuk mencari kehebatan diri anda dan seterusnya kita cari jalan untuk teruskan kehebatan ini sebaiknya.
Oh ya... jom cari buku bertajuk Anda Nak, Anda Dapat! terbitan Alaf 21, Karangkraf. Dalam ni saya ada terangkan konsep mudah untuk dapatkan apa yang anda hajati. Aah... saya le penulisnya.
Jom kita buat ujian personaliti ni. Anda perlu memilih 1 jenih gambor pokok sahaja... Lepas tu, kita tengok keputusannya di bawah.
Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.
Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.
Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.
Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan danenthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.
Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.
Ada yang tepat? Kalau ada tu, ok la... Tapi kalau tak ada tu, jangan khuatir... jangan stress.
Subscribe to:
Comments (Atom)



