Semalam saya dapat panggilan dari salah seorang klien saya di tempat kerja. Katanya, ada seorang Pengurus Kanan ni tak bagi dia hadir sesi kaunseling lagi dengan saya. Katanya, "buat apa nak pergi kaunseling ni... kalau ada masalah, datang jumpa saya jer."
Aduhai... haiiii la aduhai. Ada juga manusia yang berfikiran begini ye? Jawatan dah tinggi, umur dah lanjut, tapi masih bertakuk lama.
Apa motif beliau? Kenapa menghalang kerja yang saya buat? Keee... nak jadi kaunselor jugak?
Saya sebenarnya malas nak ambil port. Marah dan geram tu ada, tapi kalau saya layan, saya pun lebih kurang sama perangai macam si polan tu nanti. Jadi ada lebih baik saya relax kan fikiran dan minum kopi.
So bagi sesiapa yang nak tahu apa sebenarnya khidmat kaunseling, macam mana sesi kaunseling dilakukan dan apakah implikasi, etika dan tatacara kaunseling berlangsung, mari berhubung dengan saya. Ask me anything about counseling... In Syaa Allah saya akan jawab sebaik mungkin setahu saya.
Dah... dah... saya tak geram dah.
Tuesday, November 15, 2016
Thursday, November 3, 2016
KEWUJUDAN DAN REALITI
Dari sudut ontology, ianya berkisar kepada persoalan tentang bentuk kewujudan dan bentuk realiti. Dalam kehidupan manusia, multiple realities itu adalah suatu yang biasa terjadi. Persepsi manusia yang pelbagai juga membawa suatu bentuk realiti kehidupan yang unik. Maka dengan itu, para kaunselor perlu lah mempunyai kemahiran dalam menentukan keunikan setiap individu, tanpa melakukan andaian dan penilaian sebelum kita memahami sesuatu keadaan.
Dari ruang lingkup ontological lagi, persoalan yang biasanya wujud adalah seperti... sama ada realiti kehidupan seseorang itu datangnya dari unsur luar atau datang dari rasa sedar individu itu sendiri. Dalam erti kata mudah (mungkin lebih sukar difahami... hmm...), kita bertanya samada realiti merupakan sesuatu yang wujud di luar minda pemikiran manusia atau ianya adalah produk pemikiran manusia itu sendiri.
Bagi saya, setiap individu itu unik dan setiap dari mereka mempunyai kehebatan dan kekhilafan mereka tersendiri. Ianya juga berkait rapat dengan apa yang dipanggil sebagai 'emic' (perspektif orang dalam) dan 'etic' (pandangan orang luar). Penyelidik mahu pun kaunselor harus faham tentang andaian paradigma ini untuk memberikan suatu wacana baru dalam bidang kerjaya kita.
Saya pula bagaimana? Hmm... ianya adalah sesuatu yang amat menarik untuk diperdalami dan diperhalusi. So it is good that we learn something new...ye dak?
Rujukan: Othman L. (2015). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode. UPSI.

Subscribe to:
Comments (Atom)