Thursday, November 3, 2016

KEWUJUDAN DAN REALITI

Dari sudut ontology, ianya berkisar kepada persoalan tentang bentuk kewujudan dan bentuk realiti. Dalam kehidupan manusia, multiple realities itu adalah suatu yang biasa terjadi. Persepsi manusia yang pelbagai juga membawa suatu bentuk realiti kehidupan yang unik. Maka dengan itu, para kaunselor perlu lah mempunyai kemahiran dalam menentukan keunikan setiap individu, tanpa melakukan andaian dan penilaian sebelum kita memahami sesuatu keadaan.

Dari ruang lingkup ontological lagi, persoalan yang biasanya wujud adalah seperti... sama ada realiti kehidupan seseorang itu datangnya dari unsur luar atau datang dari rasa sedar individu itu sendiri. Dalam erti kata mudah (mungkin lebih sukar difahami... hmm...), kita bertanya samada realiti merupakan sesuatu yang wujud di luar minda pemikiran manusia atau ianya adalah produk pemikiran manusia itu sendiri. 

Bagi saya, setiap individu itu unik dan setiap dari mereka mempunyai kehebatan dan kekhilafan mereka tersendiri. Ianya juga berkait rapat dengan apa yang dipanggil sebagai 'emic' (perspektif orang dalam) dan 'etic' (pandangan orang luar). Penyelidik mahu pun kaunselor harus faham tentang andaian paradigma ini untuk memberikan suatu wacana baru dalam bidang kerjaya kita.

Saya pula bagaimana? Hmm... ianya adalah sesuatu yang amat menarik untuk diperdalami dan diperhalusi. So it is good that we learn something new...ye dak?

Rujukan: Othman L. (2015). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode. UPSI.

No comments:

Post a Comment