Apabila kita persoalkan "kenapa pekerja berhenti?", kita jangan pula terus nak jawab dengan jawapan yang sangat klise seperti... "biar lah, rezki dia kat tempat lain kot", "the grass is greener at the other side", dia dapat gaji lebih le tu...".
Mensistesis journal articles menjadi bait-bait ayat tesisku.
Mungkin ada betulnya jawapan anda tu. Tapi bila pekerja dah berhenti, ianya adalah sesuatu perkara yang dah terjadi. Cuba letak diri kita sebagai majikan di tempat kerja tu... apa perasaan kita kalau pekerja yang berhenti? Apa perasaan kita kalau yang berhenti itu adalah pekerja cemerlang... champion punya orang! So apa yang kita perlu buat, sekurang-kurangnya, untuk membendung gejala pemberhentian pekerja cemerlang ini? Ni saya berikan sedikit tips.
1. Jangan 'sama-rata' kan pekerja. Jangan salah faham dengan konsep "be fair" ye. Apa yang saya nak kabor kan, setiap individu mempunyai keunikan mereka tersendiri. Staf A mungkin seorang yang introvert, manakala Staf B mungkin seorang yang extrovert. Staf C pula mungkin lebih selesa bekerja mengunakan industrial tools. So majikan perlu tahu ni semua... perlu 'kenal pekerja' kita. Cara yang paling mudah ialah dengan melakukan personality assessment. Nak buat? Moh contact saya...
2. Tidak menghargai pekerja. Setiap dari kita mempunyai satu perasaan yang kita bawa sejak zaman kita masihi baby lagi... iaitu suka dipuji dan dibelai dimanja. Cer tanya diri anda, suka tak kalau orang puji kita bila kita buat kerja dengan baik? Suka tak kalau ada bos yang datang kat anda dan pat at your back and said "Well done!"? Jadinya, jangankan konsep puji memuji ini di tempat kerja. Berkomunikasi lah dengan pekerja supaya kita tahu apa yang telah mereka buat. Jangan dok cari salah orang jer!
3. Hala tuju tak menentu. "Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Err... kejap ye. Mungkin ada eloknya kita mendarat di Lapangan Terbang Batu Berendam dulu. Ok kot...". Kalau anda dengar pengumuman macam ni, apa anda rasa? Takut? Cuak? Curious? Apa tak nya, Mr. Pilot macam tak tahu nak pergi mana. Tak ada direction yang tetap. So kalau majikan tak tentukan halatuju syarikat dan memberitahu kepada pekerja, tak mustahil ada pekerja yang angkat kaki cari tempat kerja yang lebih best.
4. Tak ada fun. Ni lagi satu... jangan nak bagitahu saya yang jawapan anda nanti macam ni... "Tempat kerja ialah tempat untuk buat kerja. Bukan tempat bermain nak having fun bagai!" Amboi marah nampak? Majikan kena faham tentang kehendak asas manusia ini ada 5 perkara (bukan saya yang memandai cakap ye, ni Dr William Glasser, pakar psikologi yang cakap). Salah satunya ialah untuk mendapatkan kegembiraan. Jangan jumud sangat kecilkan skop 'kegembiraan' tu. Ianya adalah sesuatu yang luas. Jadi machine maintenance boleh fun, jadi lab analyst pun boleh fun. Even jadi penjaga stor pun boleh bekerja dengan keadaan gembira.
Saya bagi 4 tips je dulu. Nanti saya sambung lagi. Tapi kalau ada yang skeptikal jugak, yang bagitahu apa yang saya cakap ni tak boleh pakai, don't be worry... kebarangkalian apa yang anda rasa tu mungkin betul. Tapi kebarangkalian nya juga tinggi bahawa apa yang saya usulkan kat atas tu pun betul juga. Sebab dah banyak organisasi yang buat dan berjaya.
Semuanya dengan satu tujuan... membendung gejala pemberhentian pekerja di mana kita sebagai majikan sebenarnya boleh elakkan perkara itu berlaku dari awal. Bereh deh...
Ada sesiapa nak buat profil personaliti kepada pekerja mereka tak? Nak buat kat student or anak-anak kita pun boleh jugak.

No comments:
Post a Comment