Wednesday, February 22, 2017

Balance In Life

Kita ada siang dan kita ada malam (Surah Al Furqan:47). Kita ada suka dan kita ada duka (Surah Al-Anbiya, 35). Untuk apa semua ni? Jawapannya mudah... untuk kita menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran dan peringatan bahawa kita tak sempurna. Jawapan yang lain tu ada... cuma kalau tulis semua kat sini, banyak chapter la pulak nanti.

Buat masa ni, saya mempunyai dua perasaan yang bertindan ibarat kek lapis Sarawak yang cantik molek tu. Satu perasaan hampa kachewa... satu lagi perasaan lega tenang mendamaikan.

Kenapa hampa kachewa? Sebab ada orang yang tidak memberikan support di atas apa yang saya ingin lakukan. Ada puak-puak yang merasakan mereka boleh buat apa yang saya boleh buat (tapi akhirnya mereka tak buat-buat). Dalam soal kerja ni, bila kita tak dapat support dari bos kita (sesiapa saja lah), susah untuk kita nak buat kerja. Betul tak? Idea membuak-buak... tapi bila idea tu tak boleh dicanai dan ditunas dan dibaja untuk menjadi realiti, maka ianya hanya satu idea yang belum lagi berkembang.

Itu la yang saya rasa sekarang. Pedihnya ibarat dicucuk sembilu. Laharnya terpendam tak meletus macam Gunung Tangkuban Perahu kat Bandung tu.
Cantik pulak poster kat belakang tu...

Kenapa lega tenang mendamaikan? Sebab saya baru je habis buat PhD tesis proposal dan dah dihantar ke Prof untuk dinilai. Katanya, dalam dua minggu result akan keluar. Kalau pihak Senat university kata ok, maka saya kena get ready by April-May untuk buat defense proposal. Yang bestnya, Prof saya cakap (actually dia bagi semangat tu), "rasanya you boleh siapkan tesis in 3 years time".

Allah Akbar... segala puji bagi Allah yang memberikan rezkiNya dan pengetahuan buat diri ku untuk menimba ilmu. Aku pun tak nak cakap aku bagus (memang tak sampai level tu pun)... aku still novice dalam dunia pembelajaran PhD ni. I am nobody who can talk about it. Tapi yang pastinya, kalau orang lain boleh, aku juga boleh... dan anda juga boleh! 

Ok now berbalik kepada tajuk entry ni. Its all balance in life. Cumanya kita yang perlu lihat dari mata hati mana yang lebih baik untuk kita bawa dan teruskan dalam hidup. Nak sendu pilu kachewa kah? Atau nak rasa happy dan bersyukur di atas nikmatNya? Timbangkan dan ambil yang terbaik buat diri anda. Kalau saya rasa terbeban dengan rasa pilu tadi, saya mungkin dah berhenti kerja. Tapi desir nyaman mendamaikan tu lebih terdorong buat saya.

Moga Allah S.W.T. memberikan kekuatan buat diri saya... amin...

Thursday, February 9, 2017

KEHIDUPAN YANG SEMPIT (Depresi)

" Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." Surah Taha, 124.

Dalam dunia psikologi dan kaunseling, banyak cara diguna-pakai untuk membantu orang lain yang menghadapi masalah kemurungan atau depression. Banyak juga teori kaunseling yang memberikan panduan bagaimana kaunselor dan psikologis dapat memberikan bantuan sekiranya klien mereka menghadapai saat-saat getir ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Depression and anxiety is not something that we could handle easily. And at the same time, the right way and the right method is needed to at least minimize the symptoms.

Saya bukannya pakar rujuk bidang agama. Tetapi saya tahu, banyak ayat suci Al-Quran telah menerangkan betapa pentingnya hidup beragama dan betapa bernilainya hidup kita jika kita mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Islamic counseling bukan lah sesuatu yang baru. Malah kita sedia maklum, kaunseling itu sendiri datangnya dari Islam. Freud pun tak lahir lagi... apa tah pula Dr William Glasser. Dalam kita mempelajari kaunseling cara Barat, jangan le pulak kita lupakan tunjang pautan awal cara untuk membantu mereka yang mempunyai masalah... iaitu cara islamik.

Ayat di atas cukup mudah... hidup kita akan sempit, tak keruan, rasa tak tenang, jika kita ingkar suruhan Allah S.W.T. Jadi ubat kepada depression and anxiety sebenarnya adalah perintah dari Allah S.W.T. itu sendiri. Apa perintahNya? Solat... berpuasa... tinggalkan yang keji... buat perkara yang baik...

Kalau nak dikaji secara saintifik, kekalutan jiwa itu sememangnya datang dari akal yang tidak dapat menampung qada dan qadar ketentuan dariNya. Kita terlalu 'mengkehendaki' sesuatu sehingga kita menidakkan kekuasaan Allah S.W.T. Kita alpa pada konsep rezeki. Kita tolak halal haram. Maka jadinya, hidup kita tak tenteram.

Nanti saya bincang kan lagi dalam entry yang lain. Pesanan ini juga saya tujukan terutamanya kepada diri saya sendiri. May Allah accept our repentance. Amin...