Thursday, March 23, 2017

Apa Objektif Kaunseling Organisasi?

Pertama sekali kita harus faham siapakah yang menjadi klien di dalam kaunseling organisasi? Who will be the client in an organizational counseling session? Di dalam buku Handbook of Counseling in Organization (Carroll & Walton, 1997), John Towler menulis di dalam Bab 10 yang bertajuk "Managing the Counseling Process in Organizations", dan menerangkan dengan lebih lanjut tentang klien di dalam kaunseling organisasi. Beliau berkata, organisasi (majikan) dan klien (pekerja) adalah kedua-duanya 'klien' bagi kaunseling organisasi.

Maksudnya, sekiranya pihak majikan referred the counseling case of a worker, maka majikan itu juga adalah kliennya di dalam kaunseling tersebut. Di dalam hal ini, Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk memberikan laporan sesi kaunseling kepada majikan.

So apakah objektif kaunseling organisasi. Di sini saya sertakan sedikit sahaja ye... nak tahu lebih, nanti tanya le saya.

1. Mewujudkan pemahaman tentang kerja.
2. Membentuk rasa tanggungjawab.
3. Mengalakkan participation di dalam kerja.
4. Kesedaran tentang keupayaan diri.
5. Meningkatkan keyakinan diri pekerja.
6. Membantu dalam penyelesaian masalah dalaman.
7. Mengurangkan rasa dan perasaan negatif.
8. Analisis kekuatan dan kelemahan / personaliti pekerja.
9. Membantu mewujudkan semangat kerja.
10. Membantu dalam pembangunan yang berterusan.

Sikit pun, 10 point jugak yang saya beri. Setiap kaunselor ada perspektif tentang objektif yang berbeza. Jadinya, anda juga boleh re-check dengan kaunselor anda tentang objektif sesuatu kaunseling di organisasi. Moh kita check sama-sama ye...

No comments:

Post a Comment