Wednesday, September 27, 2017

Workplace Absconding Intervention Program

Awal bulan September ni tadi, saya usulkan kat CEO yang saya akan wujudkan satu program baru iaitu membantu dalam menangani masalah pekerja yang berhenti secara... lari malam lah (guna bahasa pasar). Kes lari malam ni bukan masalah kecil. Ianya amat serius dan dalam jangka masa panjang, masalah ini boleh 'meruntuhkan' sesebuah organisasi sekiranya tidak dibendung dengan segera.

Its a program call Workplace Absconding Intervention. Part of the objectives are to find ways on how to minimize the issues, to reach out the absconded parties and start to communicate with them - ask about their problems and what will be the reasons / factors for them to... just left the company with proper procedure.

Bila ada kes yang macam ni, semua pihak kena ambil langkah proaktif. Ye betul pekerja tu salah, tapi kita nak tahu apa sebab dia lari malam... apa sebab dia tak nak contact majikan. So yang sepatutnya, kita kena lah hubungi beliau. Mesti ada nombor telefon dalam fail  pekerja kan? Hubungi lah dorang.

Jadinya inilah pendekatan di dalam program saya ni. Saya ambil initiatif untuk hubungi pekerja terbabit. Saya nak berborak dengan mereka menggunakan skil kaunselor dan mencari 'titik' kepada permasalahan ini.

Daripada 4 orang yang saya hubungi setakat 3 hari lalu, seorang bekas pekerja telah sudi berborak dengan saya tentang kenapa dia lari malam... apa masalah yang dihadapi di tempat kerja dan pelbagai perkara lagi. I saw this as a good online counseling session... a start actually. So saya akan buat laporan ringkas untuk kes ini. Dan bagi saya, ianya satu achievement bagi saya kerana saya dapat menghubungi beliau dan beliau mahu berkomunikasi dengan saya.

Natijahnya di sini, kalau kita nak perbetul keadaan, ada seribu satu cara yang terhidang kat depan mata kita. Tapi kalau niat kita hanya nak cari salah orang, masalah tak akan selesai... kita juga yang akan rugi.

So ada tak rakan-rakan kerja anda yang lari malam? Dah call dorang ke?

No comments:

Post a Comment