Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan (BKK) diadakan pada setiap bulan
Oktober. Pada tahun ini, temanya ialah MEMBUDAYAKAN KAUNSELING. Objektif
utama BKK ini adalah untuk meningkatkan persepsi masyarakat terhadap
perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Persepsi lapok yang mengatakan individu
yang berjumpa dengan kaunselor hanyalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan
mental perlu ditolak dan dihapuskan sama sekali.
Walaupun bilangan kaunselor berdaftar (KB) semakin meningkat sepanjang
tahun (terdapat seramai 7,397 KB setakat Ogos 2017), namun nisbahnya dengan
penduduk Malaysia masih dilihat terlalu sedikit (1:4,351). Kaunselor juga tertakluk
di bawah Akta Kaunselor 1998. Ni semua tau kan?
Sebagai kaunselor organisasi, salah satu tugas saya ialah membantu dalam
menangani masalah psikologikal dalam kalangan pekerja. Antara khidmat
yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1) Sesi kaunseling individu (sukarela dan dirujuk)
2 2) Sesi kaunseling kelompok
3 3) Ujian personaliti (TAJMA Personality Test)
4 4) Ujian stres, kerungsungan dan keresahan (Stress,
Depression and Anxiety Test)
5 5) Ujian Inventori Minat Kerjaya
6 6) Tinjauan Pengurusan Pekerja (Employee Engagement
Survey)
7 7) Penilaian Kepuasan Kerja (Employee Work Satisfaction
Assessment)
8 8) Penilaian Gaya Komunikasi (Communication Style
Assessment)
9 9) Ujian Psikometrik (Psikometrik Test)
1 10) Kaunseling Kehadiran Lambat (Lateness Counseling
Program)
1 11) Workplace Absconding Intervention Program
1 12) Mentor-Mentee
Untuk makluman, perkhidmatan nombor 10 dan 11 adalah di antara beberapa
aktiviti ‘Strategi Lautan Biru (NBOS) bersama Jabatan Sumber Manusia dalam
memberikan perkhidmatan kepada para pekerja. Anda juga dijemput hadir (atau
boleh juga menjemput saya) bertemu saya untuk mendengar taklimat ringkas
mengenai perkhidmatan kaunseling, apa itu kaunseling, apa teori yang dipakai
dan bagaimana kaunseling dapat membantu anda dalam mensejahterakan diri anda
dan orang lain. Tiada bayaran akan dikenakan. J