Thursday, October 19, 2017

Membudayakan Kaunseling

Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan (BKK) diadakan pada setiap bulan Oktober. Pada tahun ini, temanya ialah MEMBUDAYAKAN KAUNSELING. Objektif utama BKK ini adalah untuk meningkatkan persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Persepsi lapok yang mengatakan individu yang berjumpa dengan kaunselor hanyalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu ditolak dan dihapuskan sama sekali.

Walaupun bilangan kaunselor berdaftar (KB) semakin meningkat sepanjang tahun (terdapat seramai 7,397 KB setakat Ogos 2017), namun nisbahnya dengan penduduk Malaysia masih dilihat terlalu sedikit (1:4,351). Kaunselor juga tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998. Ni semua tau kan?

Sebagai kaunselor organisasi, salah satu tugas saya ialah membantu dalam menangani masalah psikologikal dalam kalangan pekerja. Antara khidmat yang ditawarkan adalah seperti berikut:
             1) Sesi kaunseling individu (sukarela dan dirujuk)
2         2)  Sesi kaunseling kelompok
3       3)  Ujian personaliti (TAJMA Personality Test)
       4) Ujian stres, kerungsungan dan keresahan (Stress, Depression and Anxiety Test)
       5) Ujian Inventori Minat Kerjaya
6         6)  Tinjauan Pengurusan Pekerja (Employee Engagement Survey)
7         7) Penilaian Kepuasan Kerja (Employee Work Satisfaction Assessment)
8         8) Penilaian Gaya Komunikasi (Communication Style Assessment)
9         9) Ujian Psikometrik (Psikometrik Test)
1         10) Kaunseling Kehadiran Lambat (Lateness Counseling Program)
1         11)  Workplace Absconding  Intervention Program
        12)  Mentor-Mentee

Untuk makluman, perkhidmatan nombor 10 dan 11 adalah di antara beberapa aktiviti ‘Strategi Lautan Biru (NBOS) bersama Jabatan Sumber Manusia dalam memberikan perkhidmatan kepada para pekerja. Anda juga dijemput hadir (atau boleh juga menjemput saya) bertemu saya untuk mendengar taklimat ringkas mengenai perkhidmatan kaunseling, apa itu kaunseling, apa teori yang dipakai dan bagaimana kaunseling dapat membantu anda dalam mensejahterakan diri anda dan orang lain. Tiada bayaran akan dikenakan. J

Moh kenai Kaunselor anda!

No comments:

Post a Comment