Iya... saya dah jadi Safety and Health Officer (SHO) semula. Lesen telah diperbaharui pada 23hb Disember 2020. So sekarang ni, disamping menjadi Kaunselor Berdaftar, saya juga adalah seorang SHO di tempat kerja. Alhamdulillah...
Jom kenal sikit apa itu Hazard dan Risiko:
Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau
berhubungan antara satu dengan lain yang mampu untuk mengakibatkan kemudaratan.
Kemudaratan ini ada perlabagi peringkat, daripada yang mengakibatkan kematian
sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment
Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard
sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan
dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda,
kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran,
elektrik, biohazard, minyak mesin, sistem kerja tidak selamat adalah beberapaa contoh-contoh
hazard.
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan
(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa hazard itu berlaku. Risiko juga
boleh ditakrifkan sebagai gabungan antara faktor-faktor kebarangkalian
berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian
di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada
hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan
sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada
hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang
tidak terdedah kepada hazard.