Monday, April 19, 2021

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

 Iya... saya dah jadi Safety and Health Officer (SHO) semula. Lesen telah diperbaharui pada 23hb Disember 2020. So sekarang ni, disamping menjadi Kaunselor Berdaftar, saya juga adalah seorang SHO di tempat kerja. Alhamdulillah...


Jom kenal sikit apa itu Hazard dan Risiko:

Hazard

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau berhubungan antara satu dengan lain yang mampu untuk mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini ada perlabagi peringkat, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, minyak mesin, sistem kerja tidak selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.

 Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa hazard itu berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan antara faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

 Dan apa pula 'Bahaya'?

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Okay, saya beri pengenalan ringkas tentang ini sahaj dahulu. Nanti kita jumpa lagi ye...

No comments:

Post a Comment