Thursday, October 15, 2015

PENGURUSAN STRES DI TEMPAT KERJA

Pada 9hb Oktober 2015, saya telah dijemput oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat, Daerah Hulu Langat untuk mengadakan sesi talk selama 3 jam bagi tajuk Pengurusan Stres. Bila dapat panggilan jemputan ni 2 minggu sebelumnya, saya tak cerita banyak... terus setuju!
Tapi bila mereka minta buat sesi selama 3 jam, saya pun terfikir... apa yang nak disampaikan dalam masa 3 jam tu ajer? Selalunya untuk tajuk ni, saya buat 2 hari 1 malam. Paling sikit pun, sesi selama 1 hari penuh. Sebab saya akan selitkan banyak simulasi... banyak games dan perbincangan kes. Tapi, nak semahu daya... so saya YAKIN BOLEH ajer!
Ni saya tengah nak mulakan bicara...

Antara simulasi yang diadakan.

Nak mulakan simulasi 'Komunikasi Berkesan' dengan mengadakan games guna peribahasa.

Apa pun, program ini berjalan dengan lancar. Peserta juga berikan kerjasama yang positif sewaktu talk sedang berjalan. Banyak perkongsian yang kami dapat. Saya juga sempat buat ujian personaliti kepada peserta. Yang pastinya, saya juga menerapkan konsep kaunseling di dalam talk saya ini.
Semoga ada manfaat yang kami terima. Dan semoga bertemu lagi di dalam sesis-sesi yang lain.

Terima kasih daun keladi...

Thursday, October 8, 2015

UJIAN PERSONALITI - PILIH POKOK

Kepada sesiapa yang dah pernah melalui ujian personaliti ni, mesti mereka tahu apa objektif utama kita buat ujian ni. Macam-macam jenis ujian ada... dari yang jawab soalan, pilih warna, pilih pintu... dan kat bawah ni saya nak tunjukkan jenih yang pilih pokok pulak.

Jangan pula ada di antara anda yang cakap ujian ni karut la... tahyul la... kurafat la... Ini adalah pendekatan psikologi... sains. Kajian ni dah diguna-pakai globally. Dan yang pastinya, ianya bertujuan untuk mencari kehebatan diri anda dan seterusnya kita cari jalan untuk teruskan kehebatan ini sebaiknya.

Oh ya... jom cari buku bertajuk Anda Nak, Anda Dapat! terbitan Alaf 21, Karangkraf. Dalam ni saya ada terangkan konsep mudah untuk dapatkan apa yang anda hajati. Aah... saya le penulisnya.

Jom kita buat ujian personaliti ni. Anda perlu memilih 1 jenih gambor pokok sahaja... Lepas tu, kita tengok keputusannya di bawah.


Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran. 

Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan danenthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Ada yang tepat? Kalau ada tu, ok la... Tapi kalau tak ada tu, jangan khuatir... jangan stress. 

Thursday, September 10, 2015

HOW TO MANAGE RESISTANCE?

These are some of the suggestions on dealing with resistance by the counselor.

1. Use active listening skills
Do not blame the client for lack of cooperation and progress. Resistance can be a normal part of the early stage. By using good active listening skill, counselor can do much to build trust needed to lower the resistance. Some clients' resistance manifests itself in aggression. Counselor's approach in handling such aggression is to reflect it back, locating the feelings clearly in the client, but indicating clear that you have picked up the anger. Counselor, by just showing clients that you understand their internal frames of reference, can diminish resistance.

2. Join with clients
Sometime counselors can lower clients' resistance by helping them to feel that they have a friend around. For example, counselor can initially listen and offer support to children expressing resentment about parents. Where the client to continue to complain about his parents, after an appropriate period of time, counselor might have build up enough trust and goodwill either for the client to focus on his own behavior or for the counselor to assist the client to make his switch.

3. Give permission to discuss reluctance and fears
If counselor receive overt messages from clients that they have reservations about being seen, that can be discussed in the open and given clients permission to elaborate. Where appropriate, counselor can also give clients permission to discuss differences in their characteristics, such as culture and race, that might make it harder for clients to participate.

4. Invite cooperation
Establishing good collaborative working relationships with client may prevents and also overcomes much resistance. Counselors can make statements at the early stage of the session that aim to create trust and partnership with client which it is to assist the client to deal with their problems.

5. Enlist client self-interest
Counselors may assist clients to identify reasons for them of participating in counseling session. Questions that challenge client with the adequacy of their own behavior may enlist self-interest. Such questions include "How is that behavior helping you?" and "Where is your current behavior getting you?". Questions that encourage client to think about goals are also useful. Such questions are: "What are your goal in this situation?" and "Wouldn't you like to be more in control of your self?".

6. Reward silent clients for talking
There are clients who are difficult to talk; especially in front of strangers like you. Counselors may respond more frequently and more obviously, such as using more small rewards when clients talk. You can offer encouragement by reflecting and making the most of what clients say.

Program Anda Nak, Anda Dapat!

Pada 23hb Ogos 2015, saya menganjurkan satu motivation talk kepada anak-anak kariah Kampung Semarang, Dengkil. Target yang hadir dalam 20 orang, tapi pagi tu saya dapat kehadiran seramai 28 orang. Alhamdulillah...Ini program setengah hari saja... kita nak bercakap tentang persediaan diri anak-anak ini (berumur antara 13 hingga 17 tahun) untuk peperiksaan yang bakal menjelma.

Saya pun ada selitkan hal-hal tentang dunia kaunseling; tentang bagaimana mereka perlu peka kepada keperluan diri sendiri, dan tahu apa yang mereka inginkan. Di hujung program, saya dedahkan mereka kepada Inventori Minat Kerjaya - tentang apa yang mereka minat di dalam bidang kerjaya pilihan mereka. Ada tu yang tak tahu nak kerja sebagai apa; tak ada simpan citi-cita. Tu yang sedey sikit tu...

Program ini adalah program pengenalan... Insya Allah jika ada peluang dan diizinkanNya, saya akan menyusul lagi dengan program2 susulan. Saya pun dah bagitahu kepada pengerusi JKKKP, kalau ada peruntukan lebih, kita boleh lah buat progran bermalam... banyak event yang boleh kita selitkan nanti.

Thursday, July 9, 2015

PEKERJA KITA STRES?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, menyarankan agar semua organisasi perlu mengambil kira isu stres yang berkaitan dengan pekerjaan.

Tegasnya, ia harus dilihat sebahagian daripada risiko-risiko prikososial sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

“Majikan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan bagi mencegah atau mengurangkan risiko-risiko psikososial agar membolehkan pekerj amemainkan peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran kerja psikososial yang sihat.” Kata Lam Tyhe.

Tambah beliau lagi, “Pengurusan stres dan risiko psikososial di tempat kerja akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai dan akhirnya budaya di tempat kerja akan menjadi lebih positif. Akhirnya produktiviti dan prestasi perniagaan akan menjadi bertambah baik.”

Jelas beliau lagi, walaupun banyak faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, terdapat bukti yang signifikan bahawa persekitaran tempat kerja adalah salah satu daripada puncanya.

“Dalam persekitaran psikososial yang baik, kerja boleh menberikan manfaat kepada kesihatan mental pekerja, memberikan mereka rasa yang lebih besar dalam penyertaan sosial, identiti dan status, serta peluang untuk pembangunan dan meningkatkan keyakinan,” jelasnya lagi.

Pengurusan stres di tempat kerja akan menuwujudkan persekitaran kerja yang sihat di mana pekerja berasa dihargai. Sebaliknya ujar Lam Thye, persekitaran psikososial kerja yang buruk boleh memberikann kesan negatif yang signifikan ke atas kesihatan pekerja.

Terdapat 5 kategori hazard kesihatan yang dikenal pasti di tempat kerja iaitu fizikal, kimia, biologi, ergonomik dan psikososial. Stres tergolong di bawah kategori hazard psikososial. Setiap pekerja menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada kehidupan seharian mereka di pejabat atau di tempat kerja.

“Isu di tempat kerja adalah merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemurungan. Walau bagaimana pun, isu ini sering diabaikan terutamanya oleh pihak majikan. Pekerja mungkin tidak mengenali simtom awal, terutamanya jika mereka mengalami kemurungan yang sederhana seperti keletihan dan dystymia,” Tegasnya.

Dalam pada itu kata Lam Tyhe, kesan terhadap masalah kesihatan mental pekerja, keluarganya dan masyarakat secara keseluruhan adalah amat besar dan perlu ditangani dengan baik.

“Adalah penting kebahagiaan dan kesejahteraan pekerja dan keluarga mereka dapat dipastikan melalui inisiatif meningkatkan kesihatan mental yang baik di tempat kerja. Isu-isu kesihatan mental di tempat kerja perlu diberikan perhatian yang serius kerana produktiviti kakitangan di setiap organisasi adalah bergantung kepada kesihatan mental pekerja,” katanya lagi.

Lam Thye juga meminta majikan sedar bahawa pengabaian terhadap kesihatan mental dan faktor-faktor psikososial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja tersebut malah akan memberi kesan langsung kepada produktiviti, kecekapan dan keuntungan di mana-mana organisasi.

“Status kesihatan mental pekerja yang merosot boleh memberi kesan kepada prestasi pekerja, sakit yang kerap, ketidak-hadiran, kemalangan dan perukatan kakitangan. Isu yang berkaitan dengan kesihatan mental di tempat kerja juga mempunyai kesan langsung ke atas semua pihak yang berkepentingan di tempat kerja termasuk majikan, pelanggan dan masyarakat yang berada di sekitarnya.”

“Tiada satu pun tempat kerja yang kebal daripada masalah gangguan mental. Impak dari segi psikologi, sosial dan ekonomi adalah tinggi. Kepentingan kesihatan mental juga tidka boleh diabaikan sebaliknya perlu diberi perhatian sewajarnya dalam pelbagai perkara di mana-mana organisasi.”

“Apabila membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, perkara berkaitan kesihatan mental di kalangan pekerja tidak boleh diabaikan. Promosi kesihatan di tempat kerja adalah amat penting dan ia memerlukan gabungan usaha di antara majikan, pekerja dan kerajaan untuk bekerjasama bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.”

“Tempat kerja memberi kesan langsung dalam mempengaruhi fizikal, mental, ekonomi dan sosial pekerja dan seterusnya akan mempengaruhi kesihatan keluarganya, komuniti dan masyarakat sekeliling. Konsep bagi mempromosikan kesihatan di tempat kerja semakin menjadi relevan apabila makin ramai organisasi awam dan swasta menyedari bahawa kejayaan di masa depan dalam pasaran globalisasi hanya boleh dicapai dengan tenaga kerja yang sihat, berkelayakan dan juga bermotivasi.”

“Pelaksanaan promosi kesihatan di tempat kerja boleh memastikan keseimbangan yang fleksibel dan dinamik di antara jangkaan pelanggan, sasaran organisasi dan kemahiran serta keperluan kesihatan pekerja, yang mana ia boleh membantu syarikat-syarikat dan organisasi untuk bersaing di pasaran.”

“Bagi sesebuah negara, pembangunan terhadap promosi kesihatan di tempat kerja akan menjadi pra-syarat untuk pembangunan sosial dan ekonomi yang mapan,” jelasnya.