Entry ni bukan hanya tentang aku yang tengah nak cari journals atau tengah nak memulakan penulisan tesis (actually aku baru nak start buat proposal jer). Tapi boleh diguna-pakai buat semua yang sedang bekerja dan rasa nak lebih tenteram tanpa sebarang gangguan dari anasir luar.
Aku yakin benar bahawa dengan adanya gangguan ini, apa sahaja yang kita nak buat, akan tertangguh... kalau tak pun langsung tak disentuh. Kita akan jadi lalai dan alpa lalu terbengkalai lah apa jua yang sedang kita lakukan. Itu le sebabnya kita perlu faham apakah anasir luar yang cuba untuk menganggu kita dan apa cara terbaik untuk kita mengatasinya.
Err... jangan pula korang ingat 'anasir luar' ni sama macam entiti makhluk asing tu ye. Saya pun bukan anggota Seekers yang dok kejar makhluk ghaib. Apa yang saya maksudkan dengan anasir asing di sini ialah gangguan dari alam maya... internet, aplikasi sosial, waima email sekali pun.
Memang selalunya bila kita buka PC kat office tu, perkara pertama yang kita lakukan ialah check our emails. Then tengah dia dok loading tu, tangan kita akan gatal nak bukan Facebook pulak. Hmm.. kat sini aje dah ambil masa setengah jam. Lepas tu gatal lagi tangan tu nak bukak web itu web ini... konon nak cari bahan atau sekadar nak baca news. Konon la...
Ini juga berlaku kat saya. Selalunya awal pagi tu, punya lah berkobar dah set dalam minda yang hari ni nak buat penulisan sampai 1000 perkataan. Letak semua bahan bacaan atas meja; siap ada kopi O panas lagi. Tapi bila dah terjebak dengan 'anasir luar' tadi, masa berlalu ibarat air sungai mengalir deras. Saya bertangguh nak buat apa yang awal tadi saya dah plan nak buat. Akhirnya, bukan 1000 patah perkataan, saya cuma dapat tulis 300 jer.
So satu je cara nak block anasir luar ni. Cut-off the internet line! Boleh? Just jangan 'sambungkan' diri anda dengan dunia maya ini selagi anda masih belum selesaikan kerja yang anda nak buat tadi. Saya lebih tumpukan di sini tentang hal saya yang nak menulis tesis ni (sebab kalau kat office, its a bit difficult for you to just disconnect with the emails and even internet). So nanti, anda akan kurang gangguan nak menyelinap tengok email... nak bukak FB... nak baca news. Untuk pertama kali, mungkin rasa kekok. Tapi buat ajer... lama-lama nanti minda anda akan automatically set that you do not require all these procrastinate things.
Cer cuba...
No comments:
Post a Comment