Sebagai seorang pelajar yang bekerjaya (part time student), saya mendapat saranan untuk sekurang-kurangnya peruntukkan masa 3 jam sehari untuk study; waima ianya untuk baca journals, baca articles atau menulis tesis. So saya pun buat lah sedikit conggakan. Dalam sehari ada 24jam... masa berjaga saya ada 18 jam (aah... saya luangkan masa tidur purata 6 jam sehari). Masa diperuntukkan untuk kerja, termasuk lah dalam perjalanan pergi dan balik kerja, adalah 12 jam. So saya ada balance untuk 6 jam lagi.
Dalam 6 jam ini lah, saya perlu bahagikan masa dengan sebaik-baiknya kerana setelah ditolak 3 jam untuk study, saya hanya ada lagi 3 jam untuk hal-hal lain. Untuk makluman, masa solat dan ibadah adalah masa yang exclusive. So ini saya dah kira awal-awal ye.
So cukup tak masa 3 jam tu untuk 'hal-hal lain'? Nampak macam tak cukup kan? Sebab tu lah suatu pengorbanan harus dilakukan dan ini adalah perkara biasa untuk student Phd macam aku. Ya... masa tidur yang 6 jam tu. Lama benor yob... Cer aku tidur 4 jam je sehari, bukan tak boleh pun. So aku akan ada extra 2 jam lagi. Samada aku nak selitkan untuk masa study or hal-hal lain, itu nanti aku akan putuskan.
Jadinya apa yang gundah gulana sangat tu?
Hihihi... tak ada apa-apa. Biasa la... bila masa berdetik berjalan, dan kita rasa macam belum buat apa-apa sangat, tu yang rasa gundah al-gulana tu.
Is it normal? Ye la kot... (ayat penyedap hati).
No comments:
Post a Comment