"Kau dah start menulis tesis kau ke?" Tanya rakan ku.
"Belum lagi... baru tengah sibuk tulis proposal? Kata aku pula.
Pastu dia tanya lagi... "Tapi aku tengok kau macam dah beria tengah tulis tesis... cari signifikasi kajian lah bagai... apa kes?
"La... tak der nya kes.. kes. Aku tengah ada idea, aku tulis lah. Satu hari satu perenggan. Kalau seminggu rasanya dah boleh settle satu sub topic. Okay la camtu kan?"
Maaf ye, saya bukan pakar penulisan tesis. Masih bertatih dalam dunia PhD, baru 23 hari selepas pendataran hari tu. Sekarang ni aku tengah dok pulun buat proposal. Supervisor aku cakap, mungkin dalam semester kedua atau ketiga nanti, kalau aku dah ready... boleh la buat proposal defense. Hmm... aku dok conggak-conggak... bukan lama mana lagi pun. So aku kena bersedia awal dari sekarang.
Setakat hari ini, aku baru menulis sebanyak 3000 patah perkataan, around 14 pages exclusive 2 pages of References. Rasanya banyak lagi aku kena masukkan ni. Mungkin dalam 7000 - 10,000 words lagi kot. Itu juga bergantung dengan apa kata Supervisor aku nanti bila perjumpaan kali pertama kami nanti pada 30hb September nanti.
Mana cerita signifikasi kajian?
Eh.. eh... lupa pulak.
Aku cuma nak bagitau, jika kita ada bincangkan tentang methodology yang berbeza, gap yang kita nak kaji itu akan memberi impak kepada apa jua polisi, hasil kajian kita tu nanti bakal jadi 'taruhan' untuk mencipta sesuatu model yang baru... maka ini lah signifikasi kajian yang perlu kita masukkan. Maka dengan demikian, aku harus serap.. telan... dan kunyah betul-betul kajian aku ni sedari awal untuk melihat apakah signifikasi kajian aku kepada dunia luar.
Tapi jangan lupa tau... kita ni novis... budak baru nak belajar. Jangan tidak berpijak di bumi nyata. Faham ye...
No comments:
Post a Comment