Pada 4hb September 2016, aku melangkah kaki sekali lagi ke OUM Kuala Lumpur untuk sesi pendaftaran 'pelajar baru' bagi semester September. Kehadiran ku disambut oleh 4 biji food truck yang menyajikan sarapan pagi dan nice looking ice blended coffee. Nice looking... since i did not buy it; so tak tau le apa rasanya.
Actually aku dah pun berdaftar sebagai pelajar pagi 1hb September 2016 yang lepas. So hari ini cuma sekadar hadir untuk mendengar taklimat OUM dan berjumpa dengan supervior aku. Yes!!! Aku mendapat Dr Fatimah sebagai my Phd supervisor. Memang aku nak beliau jadi supervisor aku sebab... she knows me since i was in my Master before.
So perjumpaan dengan Dr Fatimah tak le lama sangat. She told me about what will be the expectation for this semester and our meet up schedule. Hmm... yang best nya, kami boleh adakan sesi perjumpaan not on weekend. So aku boleh datang on weekdays or boleh juga datang on weekend; up to us. Well... thats what OUM is all about... memberi peluang bagi orang-orang yang dah bekerja macam aku ini untuk pergi belajar. Ianya memudahkan dan bukannya menyukarkan. Tetapi harus diingat! Belajar di sini bukannya senang mudah nak lulus ya. Exam bukannya senang kalau kita tak ulang kaji pelajaran. Ini pengalaman aku waktu buat Master in Counseling dulu. Salah steps dalam assignment, you won't get good mark at the end.
So my next meet up dengan Dr Fatimah will be on 30th Sept ni nanti. Kami akan discuss steps untuk aku buat proposal dan penyediaan untuk proposal defense nanti. Buat masa sekarang, aku perlu lebih banyak baca journals dan tesis-tesis yang ada kena mengena dengan research yang aku nak buat. Dr Fatimah sempat beri soalan kepada aku... "tanya pada diri awak, why you want to do this research and to whom it will benefit to?"
Tu dia... Jujurnya, memang aku ada rasa 'gerun' even just pada hari pendaftaran ni. Secara psikologi nya, ianya datang dari our unconscious mind yang set kan dalam minda bahawa dunia Phd ni sukar. Lalu aku pujuk hati aku dengan ngatakan... ianya bukan suatu yang sukar, its just a journey yang pelum pernah kita lalui. So its more on... banyak persoalan rather on sukar actually.
Berjumpa lagi di lain posting. Aku akan cuba coretkan sekerap mungkin perjalanan hidup ku sebagai pelajar Phd ini. Semoga sentiasa ada kekuatan dalam diri ini untuk mencari ilmu Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment