Entry ni saya tulis dua hari selepas saya diserang sakit sendi di bahagian buku lali. Yup... rasanya gout le tu. Saya memang ada mild gout problem sejak 4 tahun lalu. Bila kena gout ni, saya telah ubat jer. Tapi bila sakit sangat, macam yang baru-baru ni, saya terus pergi klinik untuk ambil 'suntikan tahan sakit'.Huuuu.... memang lepas kena inject tu, terus hilang rasa sakit yang menyucuk-yucuk tadi. Dan mata pun mula layu bagai ditiuap angin gunung...
Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan. Itu yang paling mustahak. Jangan nak main bedal je ikut selera.
"Abis tu kau makan apa aritu sampai kena gout ni?"
Saya rasa... saya terlebih makan kerang waktu dinner ngan family kat Uptown Damansara. Kebetulan pulak time tu kerang nya besau-besau. Tapi bukan banyak mana pun saya makan. Hmm... kalau dah nak kena.. ye tak?
So hubungan di antara kesihatan diri dan kajian yang anda lakukan memang ada. Hubungannya terputus sementara sekiranya anda tak menjaga kesihatan dan anda terpeleot atas katil tanpa dapat baca apa-apa.
Boleh ka itu macam?
No comments:
Post a Comment