Fitrah kehidupan manusia, kita akan selalu diuji Allah S.W.T untuk melihat sejauh mana ketaatan kita kepadaNya dan bagaimana kita menghadapi ujian-ujian tersebut. Kita kena faham bahawa kesusahan adalah sebahagian dari hidup rutin kita di dunia ini. Melalui kesusahan dan kepayahan inilah kita akan mengunakan akal fikiran untuk mencari jalan keluar dari yang paling utama... melihat natijah kepada apa yang berlaku.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Surah Al-Balad, 4)
Perjalanan saya yang baru bermula ini tidak suam dengan rasa hati yang meruntun. Adakalanya ia amat tegar hingga memerlukan saya berfikir dengan lebih mendalam. Banyak keadaan yang memerlukan saya membuat keputusan yang 'beradab'... yang tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.
Pengorbanan? Entah lah... kadang-kadang saya fikir itu bukan lagi satu pengorbanan sebab istilah 'pengorbanan' telah sebati dalam hidup saya. Jadi ianya lebih kepada keadaan keterbiasaan. Pun begitu, hati manusia tetap akan berasa gundah dan cenderung untuk berfikir secara negatif; jika keimanan tidak kuat.
Ringkasnya, jika saya merasakan saya sudah bersedia dengan alam kehidupan seorang pelajar PhD, maka saya juga harus tahu yang ujian dan cobaannya adalah 'bertaraf' PhD juga. Jika kita cakap kita telah beriman, maka ujian yang datang juga adalah hebat... kerana ingin melihat sejauh mana keimanan diri kita itu.
So, anggap lah hari-hari sukar ini sebagai satu ujian dalam kehidupan yang memang perlu kita lalui untuk memantapkan diri, jiwa dan tulang temulang kita ini. Ini baru 5% der... belum setengah jalan lagi.
Moga Allah S.W.T memberikan aku kekuatan dan ketabahan... dan memberikan seluruh keluarga ku pemahaman yang tinggi di atas apa yang sedang aku lakukan. Amin...
No comments:
Post a Comment