Tuesday, October 11, 2016

Banyak Ke Guna Duit?

Sebelum aku mendaftar sebagai pelajar PhD, aku memang dah tahu perbelanjaan akan sedikit tinggi dari biasa. Banyak nak beli buku rujukan, nak photostate, nak travel here and there, nak beli mentol lampu (sebab nanti selalu kena stay up malam), dan pelbagai lagi limpahan keluar duit untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja bagi tujuan menjalankan penyelidikan.

Chewahh... terasa 'besor' nya contribution aku ni.Tapi itu lah... kita perlu fikir seluas-luasnya dan sebesar-besarnya untuk melihat bahawa apa yang kita tengah buat ini adalah sesuatu yang at least will contribute to the world of knowledge. Bagi aku senang je, bila kita dah dream big, apa sahaja yang kita lakukan akan berlandaskan perkara yang hebat-hebat... Kita nak buat supaya hasilnya juga nanti akan menjadi hebat.

Okay... kembali kepada topik kita ni. Banyak ke nak guna duit? Sebetulnya, dalam usia aku baru nak masuk 2 bulan sebagai pelajar PhD ni, aku belum layak nak cakap banyak-banyak. Tetapi aku cuma nak mengiakan bahawa aku memang perlu bersedia dari segi mental dan fisikal dan juga soal fulus.

Ini bukan dalam kategori pengorbanan. Ini adalah satu kemestian yang perlu dilalui dan diterima hakikatnya oleh pelajar seperti aku. Contohnya, aku baru sahaja mendaftar untuk mengikuti Bengkel Personaliti Diri TAJMA di UTM Skudai pada 19hb November nanti. Aku plan nak pergi naik Malindo Air. Ini bukan sahaja dari segi kos, tetapi juga dari segi masa yang perlu aku luangkan.

Dan aku amat bersyukur bahawa keluarga ku... terutamanya isteri ku tersayang, amat memahami situasi aku sebagai pelajar PhD ini. Hmm... nanti kita borak tentang 'orang rumah' pula ye.Besar pengorbanan mereka ni...

No comments:

Post a Comment