Tuesday, October 18, 2016

MY 1ST PhD WORKSHOP

It was held at Open University Malaysia, KL on 15th and 16th October 2016. Me and my fellow PhD candidate friends (5 of them), the Dean and 4 other professors were there. On the first day, there were 4 presentations by the profs and 1 experience sharing by an ex-PhD student. Even though all presentations were short, but we gained some valuable knowledge and open up our perspective on what next that we need to do.

On the second day, it was time for the PhD candidates to present their thesis proposal. I would say, the gang were superbly presented their proposal. There were good comments by the profs and Dean as well. As for me, I did great! Being the only candidate who talk about counseling theories, I got remarkable comment by one prof... "It looks like you are clear on what you wanna do. I think you may proceed... and good luck".

So here I am... writing my new entry in my small blog while waiting for my client. I will need to take a day off to spend some times in the university library later. Need to get some books for the references.

Above all, I look forward for our next workshop. Hopefully in couple of months from now, me and my gang would be able to join any conference or workshop or seminar on PhD preparation. Would love to sit in for research methodology or statistics class.

Friday, October 14, 2016

BASIC NEEDS OF ME

My primary theoretical orientation is Reality Therapy, Choice Theory which was introduced by Dr. William Glasser. Am not going to tell you all about the history of the theory. But let us just look into those five basic needs and link it to our self and ask few questions... have we got the love and being loved by others? Is it important to have power in our hand and achieve success in our life? What is the meaning of fun to us? Are we concerned on our health condition? And what will be our freedom choice (if we have any)?

So these are the 5 Basic Needs... Love, Fun, Freedom, Power and Survival. One may suffer from stress, anxiety or even depression just because they did not fulfill their basic needs. An employee may give reason that he or she did not gain much leadership and that was why he or she did not perform well in his position. A child may say that his father does not love him as to compare to his younger sister. Or... "I did not have my morning coffee, so I can't do much work today", kind of thing.

Human are with their own perception about life and about almost everything. They control their own life (they should). For example, I would say that I don't really care about gaining much power at my workplace. But another 'bossy' Manager would say... "Give me the world, and I will change it into better place!".

So let us start with questioning our self... what is our need? What do you want in life? How do you like it to happen? What will be the possibility that you will have it in near future? What motivate you most?

Pic: Reading some journals and articles while having my 2nd breakfast of the day.

Thursday, October 13, 2016

Hari-Hari Sukar

Fitrah kehidupan manusia, kita akan selalu diuji Allah S.W.T untuk melihat sejauh mana ketaatan kita kepadaNya dan bagaimana kita menghadapi ujian-ujian tersebut. Kita kena faham bahawa kesusahan adalah sebahagian dari hidup rutin kita di dunia ini. Melalui kesusahan dan kepayahan inilah kita akan mengunakan akal fikiran untuk mencari jalan keluar dari yang paling utama... melihat natijah kepada apa yang berlaku.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Surah Al-Balad, 4)

Perjalanan saya yang baru bermula ini tidak suam dengan rasa hati yang meruntun. Adakalanya ia amat tegar hingga memerlukan saya berfikir dengan lebih mendalam. Banyak keadaan yang memerlukan saya membuat keputusan yang 'beradab'... yang tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.

Pengorbanan? Entah lah... kadang-kadang saya fikir itu bukan lagi satu pengorbanan sebab istilah 'pengorbanan' telah sebati dalam hidup saya. Jadi ianya lebih kepada keadaan keterbiasaan. Pun begitu, hati manusia tetap akan berasa gundah dan cenderung untuk berfikir secara negatif; jika keimanan tidak kuat.

Ringkasnya, jika saya merasakan saya sudah bersedia dengan alam kehidupan seorang pelajar PhD, maka saya juga harus tahu yang ujian dan cobaannya adalah 'bertaraf' PhD juga. Jika kita cakap kita telah beriman, maka ujian yang datang juga adalah hebat... kerana ingin melihat sejauh mana keimanan diri kita itu.

So, anggap lah hari-hari sukar ini sebagai satu ujian dalam kehidupan yang memang perlu kita lalui untuk memantapkan diri, jiwa dan tulang temulang kita ini. Ini baru 5% der... belum setengah jalan lagi.

Moga Allah S.W.T memberikan aku kekuatan dan ketabahan... dan memberikan seluruh keluarga ku pemahaman yang tinggi di atas apa yang sedang aku lakukan. Amin...

Tuesday, October 11, 2016

Banyak Ke Guna Duit?

Sebelum aku mendaftar sebagai pelajar PhD, aku memang dah tahu perbelanjaan akan sedikit tinggi dari biasa. Banyak nak beli buku rujukan, nak photostate, nak travel here and there, nak beli mentol lampu (sebab nanti selalu kena stay up malam), dan pelbagai lagi limpahan keluar duit untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja bagi tujuan menjalankan penyelidikan.

Chewahh... terasa 'besor' nya contribution aku ni.Tapi itu lah... kita perlu fikir seluas-luasnya dan sebesar-besarnya untuk melihat bahawa apa yang kita tengah buat ini adalah sesuatu yang at least will contribute to the world of knowledge. Bagi aku senang je, bila kita dah dream big, apa sahaja yang kita lakukan akan berlandaskan perkara yang hebat-hebat... Kita nak buat supaya hasilnya juga nanti akan menjadi hebat.

Okay... kembali kepada topik kita ni. Banyak ke nak guna duit? Sebetulnya, dalam usia aku baru nak masuk 2 bulan sebagai pelajar PhD ni, aku belum layak nak cakap banyak-banyak. Tetapi aku cuma nak mengiakan bahawa aku memang perlu bersedia dari segi mental dan fisikal dan juga soal fulus.

Ini bukan dalam kategori pengorbanan. Ini adalah satu kemestian yang perlu dilalui dan diterima hakikatnya oleh pelajar seperti aku. Contohnya, aku baru sahaja mendaftar untuk mengikuti Bengkel Personaliti Diri TAJMA di UTM Skudai pada 19hb November nanti. Aku plan nak pergi naik Malindo Air. Ini bukan sahaja dari segi kos, tetapi juga dari segi masa yang perlu aku luangkan.

Dan aku amat bersyukur bahawa keluarga ku... terutamanya isteri ku tersayang, amat memahami situasi aku sebagai pelajar PhD ini. Hmm... nanti kita borak tentang 'orang rumah' pula ye.Besar pengorbanan mereka ni...

Thursday, October 6, 2016

"Dah Banyak Ke Kau Tulis?"

Ini baru semester pertama; aku baru bertatih nak menulis proposal. Belum pun lagi nak menulis keseluruhan tesis. Tapi persoalan "dah banyak ke kau menulis?" tetap berlegar-legar dalam benak ku. Buat masa ini, aku masih merasakan aku baru tulis sikit ajer (baru 19 muka surat, 4300 patah perkataan). Aku target boleh menulis proposal dalam 30 muka surat. Dan menepati target yang SV dah bagi untuk defense proposal pada bulan May tahun depan.

Berbalik kepada persoalan "dah banyak ke kita tulis" tu, jawapan saya mudah... nak tulis apa kalau memang dah tak ada benda nak ditulis! Samada kita berhadapan dengan writer's block atau kita sememangnya belum ada apa-apa untuk ditulis.

Kita kena fikirkan apa yang menjadi fokus utama sekarang. Dah siap ke soalan-soalan kajian? Dah ada ke data untuk dianalisis? Dah jumpa ke responden untuk ditemuramah? Dah buat ke pilot test terhadap kajian anda tu?

Ini sebahagian dari apa yang perlu anda lihat sebelum anda perlu risau tentang "dah banyak ke kita tulis". Nak tulis cam mana kalau data belum dianalisis, ye tak? Nak tulis apa lagi kalau responden pun kita tak senaraikan, ye ke tidak?

So jangan la nak sakit-sakit perut... pening-pening kepala nak fikir tentang betapa sedikitnya penulisan kita buat masa sekarang. Seek the priority... 

* Saya doakan semua PhD candidates berjaya dalam mengharungi perit getir penulisan tesis mereka. Doakan saya juga ye...

Wednesday, October 5, 2016

Proposal Defense - Jangan Toleh Belakang

Tanggal 30hb September 2016, saya akan mengadap buat pertama kalinya supervisor saya dan berbincang mengenai progress proposal saya ni. Cam berdebar-debar je rasa hati.. sebab saya tahu saya belum tulis banyak sangat proposal ni. Ada la dalam 16 muka surat... 4000 patah perkataan.

Dengan kaki yang terhenjut-henjut (saya baru nak pulih dari gout hari tu), saya pergi le ngadap SV saya. Kami berbincang mengenai theory, all those variables yang saya masukkan, research methodology dan macam-macam lagi.Saya pun dengan bangganya tunjukkan draft proposal saya tu.

"Hmm... nampak nya awak dah nampak dengan jelas apa yang awak nak buat... nak kaji. Kalau macam ni, rasanya awak boleh buat proposal defense dalam dua semester lagi. Maybe dalam bulan May tahun depan. Amacam? Boleh tak?"

Waaa... nak defense dah? Ok le tu... i am ever ready! Amboi, punya la naik semangat bila dengar my SV cakap macam tu tadi. Tapi saya kena berpijak di bumi yang nyata. Saya belum complete lagi habiskan proposal saya tu, ada lagi 10 muka surat saya nak tambah.

Tapi apa yang saya nak cakap kan kat sini ialah, we just need to be ready dan perlu ada minat dalam apa jua yang kita lakukan. Buat tesis ni bukannya mudah, jadi jangan lah disusahkan cara mana kita nak lakukannya (Othman, T., 2012).

Tuesday, October 4, 2016

Correlation Between Health and Research

Entry ni saya tulis dua hari selepas saya diserang sakit sendi di bahagian buku lali. Yup... rasanya gout le tu. Saya memang ada mild gout problem sejak 4 tahun lalu. Bila kena gout ni, saya telah ubat jer. Tapi bila sakit sangat, macam yang baru-baru ni, saya terus pergi klinik untuk ambil 'suntikan tahan sakit'.Huuuu.... memang lepas kena inject tu, terus hilang rasa sakit yang menyucuk-yucuk tadi. Dan mata pun mula layu bagai ditiuap angin gunung...

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan. Itu yang paling mustahak. Jangan nak main bedal je ikut selera.

"Abis tu kau makan apa aritu sampai kena gout ni?"

Saya rasa... saya terlebih makan kerang waktu dinner ngan family kat Uptown Damansara. Kebetulan pulak time tu kerang nya besau-besau. Tapi bukan banyak mana pun saya makan. Hmm... kalau dah nak kena.. ye tak?

So hubungan di antara kesihatan diri dan kajian yang anda lakukan memang ada. Hubungannya terputus sementara sekiranya anda tak menjaga kesihatan dan anda terpeleot atas katil tanpa dapat baca apa-apa.

Boleh ka itu macam?