Tuesday, December 6, 2016

Apakah Yang Anda Bayangkan?

Sebelum saya mula menulis draf proposal dahulu, saya banyak membaca artikel, buku dan juga blog dari PhD researchers. Ada yang menyarankan, "tulis terus tiga chapter... lepas tu hantar ke Supervisor anda". Tak kurang juga yang mencadangkan, "jangan tunggu sampai SV anda balas, buat aje semua dulu...".

Saya tak nafikan, saranan dan cadangan mereka itu ada benarnya. Dan itu juga lah yang saya lakukan; buat tiga chapter serentak dan bagi kat SV saya untuk penilaian. So senang buat SV tu nak komen atau 'bedakkan' proposal saya tu nanti.

Dan hari ini, on my 3rd meet-up with my Supervisor, proposal saya dapat bedak pertamanya. Cam bedak Cuticura gitu! Dipendekkan cerita, dan seperti juga yang saya anticipate kan, saya perlu ubah sikit tajuk, tambah lagi Problem Statement, kupas lagi hypothesis dan beberapa perkara lain yang jauh di sudut hati saya... it was all minor (yo lah tu!).

Supervisor saya cakap, now I should focus on Chapter 1 dulu... buat penambahan dan alteration here and there. Then later baru saya perlu buat alteration kat Chapter 2 and 3 pulak.

So apa yang saya bayangkan bertepatan, walaupun bukan 100%, dengan apa yang saya sedang saya lalui. Jadi 'rama-rama tidak lah banyak sangat dalam perut saya ni'. I can take it... regardless it is sweet or sour or no taste at all.

Kita kena faham bahawa semua yang berlaku dalam hidup adalah satu learning curve. Perjalanan ini seharusnya dilihat sebagai satu keindahan untuk diri kita... bukan untuk orang lain. Susah, payah, pening, demam... itu adalah rencah yang membuatkan kehidupan ini makin terasa nikmatnya.

Syukur alhamdulillah...

Friday, December 2, 2016

Registered Counselor

Syukur Alhamdulillah...

I am now a Registered Counselor (KB 06769) under the Malaysian Board of Counselor. It was on last Tuesday (29th Nov 2016) when I went to the MBC Office to self took the certificate. Wowww... if you can see my big smile on that day!

This is not just a destination, but a first step for me to take the opportunity to explore more about the world of counseling... about what I can give and help. And this certificate is actually a must for me to attach together with my resume; as i would like to apply for the counselor's position later on. Seeking new job? Hihihi... ohhh ya!

Tuesday, November 15, 2016

Geram!!!

Semalam saya dapat panggilan dari salah seorang klien saya di tempat kerja. Katanya, ada seorang Pengurus Kanan ni tak bagi dia hadir sesi kaunseling lagi dengan saya. Katanya, "buat apa nak pergi kaunseling ni... kalau ada masalah, datang jumpa saya jer."

Aduhai... haiiii la aduhai. Ada juga manusia yang berfikiran begini ye? Jawatan dah tinggi, umur dah lanjut, tapi masih bertakuk lama.

Apa motif beliau? Kenapa menghalang kerja yang saya buat? Keee... nak jadi kaunselor jugak?

Saya sebenarnya malas nak ambil port. Marah dan geram tu ada, tapi kalau saya layan, saya pun lebih kurang sama perangai macam si polan tu nanti. Jadi ada lebih baik saya relax kan fikiran dan minum kopi.

So bagi sesiapa yang nak tahu apa sebenarnya khidmat kaunseling, macam mana sesi kaunseling dilakukan dan apakah implikasi, etika dan tatacara kaunseling berlangsung, mari berhubung dengan saya. Ask me anything about counseling... In Syaa Allah saya akan jawab sebaik mungkin setahu saya.

Dah... dah... saya tak geram dah.

Thursday, November 3, 2016

KEWUJUDAN DAN REALITI

Dari sudut ontology, ianya berkisar kepada persoalan tentang bentuk kewujudan dan bentuk realiti. Dalam kehidupan manusia, multiple realities itu adalah suatu yang biasa terjadi. Persepsi manusia yang pelbagai juga membawa suatu bentuk realiti kehidupan yang unik. Maka dengan itu, para kaunselor perlu lah mempunyai kemahiran dalam menentukan keunikan setiap individu, tanpa melakukan andaian dan penilaian sebelum kita memahami sesuatu keadaan.

Dari ruang lingkup ontological lagi, persoalan yang biasanya wujud adalah seperti... sama ada realiti kehidupan seseorang itu datangnya dari unsur luar atau datang dari rasa sedar individu itu sendiri. Dalam erti kata mudah (mungkin lebih sukar difahami... hmm...), kita bertanya samada realiti merupakan sesuatu yang wujud di luar minda pemikiran manusia atau ianya adalah produk pemikiran manusia itu sendiri. 

Bagi saya, setiap individu itu unik dan setiap dari mereka mempunyai kehebatan dan kekhilafan mereka tersendiri. Ianya juga berkait rapat dengan apa yang dipanggil sebagai 'emic' (perspektif orang dalam) dan 'etic' (pandangan orang luar). Penyelidik mahu pun kaunselor harus faham tentang andaian paradigma ini untuk memberikan suatu wacana baru dalam bidang kerjaya kita.

Saya pula bagaimana? Hmm... ianya adalah sesuatu yang amat menarik untuk diperdalami dan diperhalusi. So it is good that we learn something new...ye dak?

Rujukan: Othman L. (2015). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metode. UPSI.

Tuesday, October 18, 2016

MY 1ST PhD WORKSHOP

It was held at Open University Malaysia, KL on 15th and 16th October 2016. Me and my fellow PhD candidate friends (5 of them), the Dean and 4 other professors were there. On the first day, there were 4 presentations by the profs and 1 experience sharing by an ex-PhD student. Even though all presentations were short, but we gained some valuable knowledge and open up our perspective on what next that we need to do.

On the second day, it was time for the PhD candidates to present their thesis proposal. I would say, the gang were superbly presented their proposal. There were good comments by the profs and Dean as well. As for me, I did great! Being the only candidate who talk about counseling theories, I got remarkable comment by one prof... "It looks like you are clear on what you wanna do. I think you may proceed... and good luck".

So here I am... writing my new entry in my small blog while waiting for my client. I will need to take a day off to spend some times in the university library later. Need to get some books for the references.

Above all, I look forward for our next workshop. Hopefully in couple of months from now, me and my gang would be able to join any conference or workshop or seminar on PhD preparation. Would love to sit in for research methodology or statistics class.

Friday, October 14, 2016

BASIC NEEDS OF ME

My primary theoretical orientation is Reality Therapy, Choice Theory which was introduced by Dr. William Glasser. Am not going to tell you all about the history of the theory. But let us just look into those five basic needs and link it to our self and ask few questions... have we got the love and being loved by others? Is it important to have power in our hand and achieve success in our life? What is the meaning of fun to us? Are we concerned on our health condition? And what will be our freedom choice (if we have any)?

So these are the 5 Basic Needs... Love, Fun, Freedom, Power and Survival. One may suffer from stress, anxiety or even depression just because they did not fulfill their basic needs. An employee may give reason that he or she did not gain much leadership and that was why he or she did not perform well in his position. A child may say that his father does not love him as to compare to his younger sister. Or... "I did not have my morning coffee, so I can't do much work today", kind of thing.

Human are with their own perception about life and about almost everything. They control their own life (they should). For example, I would say that I don't really care about gaining much power at my workplace. But another 'bossy' Manager would say... "Give me the world, and I will change it into better place!".

So let us start with questioning our self... what is our need? What do you want in life? How do you like it to happen? What will be the possibility that you will have it in near future? What motivate you most?

Pic: Reading some journals and articles while having my 2nd breakfast of the day.

Thursday, October 13, 2016

Hari-Hari Sukar

Fitrah kehidupan manusia, kita akan selalu diuji Allah S.W.T untuk melihat sejauh mana ketaatan kita kepadaNya dan bagaimana kita menghadapi ujian-ujian tersebut. Kita kena faham bahawa kesusahan adalah sebahagian dari hidup rutin kita di dunia ini. Melalui kesusahan dan kepayahan inilah kita akan mengunakan akal fikiran untuk mencari jalan keluar dari yang paling utama... melihat natijah kepada apa yang berlaku.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Surah Al-Balad, 4)

Perjalanan saya yang baru bermula ini tidak suam dengan rasa hati yang meruntun. Adakalanya ia amat tegar hingga memerlukan saya berfikir dengan lebih mendalam. Banyak keadaan yang memerlukan saya membuat keputusan yang 'beradab'... yang tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.

Pengorbanan? Entah lah... kadang-kadang saya fikir itu bukan lagi satu pengorbanan sebab istilah 'pengorbanan' telah sebati dalam hidup saya. Jadi ianya lebih kepada keadaan keterbiasaan. Pun begitu, hati manusia tetap akan berasa gundah dan cenderung untuk berfikir secara negatif; jika keimanan tidak kuat.

Ringkasnya, jika saya merasakan saya sudah bersedia dengan alam kehidupan seorang pelajar PhD, maka saya juga harus tahu yang ujian dan cobaannya adalah 'bertaraf' PhD juga. Jika kita cakap kita telah beriman, maka ujian yang datang juga adalah hebat... kerana ingin melihat sejauh mana keimanan diri kita itu.

So, anggap lah hari-hari sukar ini sebagai satu ujian dalam kehidupan yang memang perlu kita lalui untuk memantapkan diri, jiwa dan tulang temulang kita ini. Ini baru 5% der... belum setengah jalan lagi.

Moga Allah S.W.T memberikan aku kekuatan dan ketabahan... dan memberikan seluruh keluarga ku pemahaman yang tinggi di atas apa yang sedang aku lakukan. Amin...

Tuesday, October 11, 2016

Banyak Ke Guna Duit?

Sebelum aku mendaftar sebagai pelajar PhD, aku memang dah tahu perbelanjaan akan sedikit tinggi dari biasa. Banyak nak beli buku rujukan, nak photostate, nak travel here and there, nak beli mentol lampu (sebab nanti selalu kena stay up malam), dan pelbagai lagi limpahan keluar duit untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja bagi tujuan menjalankan penyelidikan.

Chewahh... terasa 'besor' nya contribution aku ni.Tapi itu lah... kita perlu fikir seluas-luasnya dan sebesar-besarnya untuk melihat bahawa apa yang kita tengah buat ini adalah sesuatu yang at least will contribute to the world of knowledge. Bagi aku senang je, bila kita dah dream big, apa sahaja yang kita lakukan akan berlandaskan perkara yang hebat-hebat... Kita nak buat supaya hasilnya juga nanti akan menjadi hebat.

Okay... kembali kepada topik kita ni. Banyak ke nak guna duit? Sebetulnya, dalam usia aku baru nak masuk 2 bulan sebagai pelajar PhD ni, aku belum layak nak cakap banyak-banyak. Tetapi aku cuma nak mengiakan bahawa aku memang perlu bersedia dari segi mental dan fisikal dan juga soal fulus.

Ini bukan dalam kategori pengorbanan. Ini adalah satu kemestian yang perlu dilalui dan diterima hakikatnya oleh pelajar seperti aku. Contohnya, aku baru sahaja mendaftar untuk mengikuti Bengkel Personaliti Diri TAJMA di UTM Skudai pada 19hb November nanti. Aku plan nak pergi naik Malindo Air. Ini bukan sahaja dari segi kos, tetapi juga dari segi masa yang perlu aku luangkan.

Dan aku amat bersyukur bahawa keluarga ku... terutamanya isteri ku tersayang, amat memahami situasi aku sebagai pelajar PhD ini. Hmm... nanti kita borak tentang 'orang rumah' pula ye.Besar pengorbanan mereka ni...

Thursday, October 6, 2016

"Dah Banyak Ke Kau Tulis?"

Ini baru semester pertama; aku baru bertatih nak menulis proposal. Belum pun lagi nak menulis keseluruhan tesis. Tapi persoalan "dah banyak ke kau menulis?" tetap berlegar-legar dalam benak ku. Buat masa ini, aku masih merasakan aku baru tulis sikit ajer (baru 19 muka surat, 4300 patah perkataan). Aku target boleh menulis proposal dalam 30 muka surat. Dan menepati target yang SV dah bagi untuk defense proposal pada bulan May tahun depan.

Berbalik kepada persoalan "dah banyak ke kita tulis" tu, jawapan saya mudah... nak tulis apa kalau memang dah tak ada benda nak ditulis! Samada kita berhadapan dengan writer's block atau kita sememangnya belum ada apa-apa untuk ditulis.

Kita kena fikirkan apa yang menjadi fokus utama sekarang. Dah siap ke soalan-soalan kajian? Dah ada ke data untuk dianalisis? Dah jumpa ke responden untuk ditemuramah? Dah buat ke pilot test terhadap kajian anda tu?

Ini sebahagian dari apa yang perlu anda lihat sebelum anda perlu risau tentang "dah banyak ke kita tulis". Nak tulis cam mana kalau data belum dianalisis, ye tak? Nak tulis apa lagi kalau responden pun kita tak senaraikan, ye ke tidak?

So jangan la nak sakit-sakit perut... pening-pening kepala nak fikir tentang betapa sedikitnya penulisan kita buat masa sekarang. Seek the priority... 

* Saya doakan semua PhD candidates berjaya dalam mengharungi perit getir penulisan tesis mereka. Doakan saya juga ye...

Wednesday, October 5, 2016

Proposal Defense - Jangan Toleh Belakang

Tanggal 30hb September 2016, saya akan mengadap buat pertama kalinya supervisor saya dan berbincang mengenai progress proposal saya ni. Cam berdebar-debar je rasa hati.. sebab saya tahu saya belum tulis banyak sangat proposal ni. Ada la dalam 16 muka surat... 4000 patah perkataan.

Dengan kaki yang terhenjut-henjut (saya baru nak pulih dari gout hari tu), saya pergi le ngadap SV saya. Kami berbincang mengenai theory, all those variables yang saya masukkan, research methodology dan macam-macam lagi.Saya pun dengan bangganya tunjukkan draft proposal saya tu.

"Hmm... nampak nya awak dah nampak dengan jelas apa yang awak nak buat... nak kaji. Kalau macam ni, rasanya awak boleh buat proposal defense dalam dua semester lagi. Maybe dalam bulan May tahun depan. Amacam? Boleh tak?"

Waaa... nak defense dah? Ok le tu... i am ever ready! Amboi, punya la naik semangat bila dengar my SV cakap macam tu tadi. Tapi saya kena berpijak di bumi yang nyata. Saya belum complete lagi habiskan proposal saya tu, ada lagi 10 muka surat saya nak tambah.

Tapi apa yang saya nak cakap kan kat sini ialah, we just need to be ready dan perlu ada minat dalam apa jua yang kita lakukan. Buat tesis ni bukannya mudah, jadi jangan lah disusahkan cara mana kita nak lakukannya (Othman, T., 2012).

Tuesday, October 4, 2016

Correlation Between Health and Research

Entry ni saya tulis dua hari selepas saya diserang sakit sendi di bahagian buku lali. Yup... rasanya gout le tu. Saya memang ada mild gout problem sejak 4 tahun lalu. Bila kena gout ni, saya telah ubat jer. Tapi bila sakit sangat, macam yang baru-baru ni, saya terus pergi klinik untuk ambil 'suntikan tahan sakit'.Huuuu.... memang lepas kena inject tu, terus hilang rasa sakit yang menyucuk-yucuk tadi. Dan mata pun mula layu bagai ditiuap angin gunung...

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan. Itu yang paling mustahak. Jangan nak main bedal je ikut selera.

"Abis tu kau makan apa aritu sampai kena gout ni?"

Saya rasa... saya terlebih makan kerang waktu dinner ngan family kat Uptown Damansara. Kebetulan pulak time tu kerang nya besau-besau. Tapi bukan banyak mana pun saya makan. Hmm... kalau dah nak kena.. ye tak?

So hubungan di antara kesihatan diri dan kajian yang anda lakukan memang ada. Hubungannya terputus sementara sekiranya anda tak menjaga kesihatan dan anda terpeleot atas katil tanpa dapat baca apa-apa.

Boleh ka itu macam?

Friday, September 23, 2016

SIGNIFICANCE OF MY STUDY

"Kau dah start menulis tesis kau ke?" Tanya rakan ku.
"Belum lagi... baru tengah sibuk tulis proposal? Kata aku pula.
Pastu dia tanya lagi... "Tapi aku tengok kau macam dah beria tengah tulis tesis... cari signifikasi kajian lah bagai... apa kes?
"La... tak der nya kes.. kes. Aku tengah ada idea, aku tulis lah. Satu hari satu perenggan. Kalau seminggu rasanya dah boleh settle satu sub topic. Okay la camtu kan?" 

Maaf ye, saya bukan pakar penulisan tesis. Masih bertatih dalam dunia PhD, baru 23 hari selepas pendataran hari tu. Sekarang ni aku tengah dok pulun buat proposal. Supervisor aku cakap, mungkin dalam semester kedua atau ketiga nanti, kalau aku dah ready... boleh la buat proposal defense. Hmm... aku dok conggak-conggak... bukan lama mana lagi pun. So aku kena bersedia awal dari sekarang.

Setakat hari ini, aku baru menulis sebanyak 3000 patah perkataan, around 14 pages exclusive 2 pages of References. Rasanya banyak lagi aku kena masukkan ni. Mungkin dalam 7000 - 10,000 words lagi kot. Itu juga bergantung dengan apa kata Supervisor aku nanti bila perjumpaan kali pertama kami nanti pada 30hb September nanti.

Mana cerita signifikasi kajian?

Eh.. eh... lupa pulak.

Aku cuma nak bagitau, jika kita ada bincangkan tentang methodology yang berbeza, gap yang kita nak kaji itu akan memberi impak kepada apa jua polisi, hasil kajian kita tu nanti bakal jadi 'taruhan' untuk mencipta sesuatu model yang baru... maka ini lah signifikasi kajian yang perlu kita masukkan. Maka dengan demikian, aku harus serap.. telan... dan kunyah betul-betul kajian aku ni sedari awal untuk melihat apakah signifikasi kajian aku kepada dunia luar.

Tapi jangan lupa tau... kita ni novis... budak baru nak belajar. Jangan tidak berpijak di bumi nyata. Faham ye...

Wednesday, September 21, 2016

Berbaloi kah...

Ada orang bertanya kepada saya... "berbaloi ke kau nak buat PhD ni bro?" "Apa kepuasan yang kau dapat?"

Saya tanya balik kat orang yang bertanya tu... "Kenapa kau tak nak ikut aku buat PhD ni? Dia balas, dia rasa tak yakin nak sambung belajar ni. Maknanya... dia tak nampak 'berbaloi' nya buat PhD ni lagi. Dia tak jelas lagi dengan keindahan hari-hari yang menanti ketika kita menjadi student PhD.

Iyolah tu...

Betul bro! Kalau kau tanya aku berbaloi atau tak... itu suatu yang amat subjektif untuk dijawab. Bagi aku YES! Ianya amat berbaloi. Sebab yang utama... aku dapat ilmu. Lepas tu kau tanya lagi apa kepuasan yang aku dapat. Well... apa lagi yang boleh aku harapkan jika menagih ilmu itu adalah satu kepuasan yang tak terhingga buat aku.

Natijahnya, apa matlamat anda untuk sambung belajar ini. Nak kenaikan pangkat? Nak dapat gaji besor? Nak gelaran 'Dr.' kat depan nama? Atau anda hanya nak menimba ilmu dan dicurahkan kembali kepada orang lain. Ini kepelbagaian resam manusia. Kita ada needs kita tersendiri.

Sebetulnya permulaan hari ini saya berasa kurang sihat sikit. Malam tadi, melalui pembacaan beberapa articles, saya mendapat beberapa isi untuk penulisan tesis saya. Dalam kepala ni dah dok merangka apa nak tulis dan di mana nak tulis. Saya buat mind mapping gitu. Sebab tu pagi ni tadi, saya dah ngadap komputer untuk mencari bahan-bahan sampingan... few instruments to be use later in my research.

So mungkin ini yang membuatkan saya 'kurang sihat' sikit. Secara positifnya, saya anggap ini sesuatu yang sihat (walaupun saya tak berapa sihat). Sihat sebab saya tahu adrenalin saya sedang menerjah laju. Sihat sebab saya sebenarnya sedang teruja dalam menempuh setiap perkara baru yang sebenornya... amat lah menghiburkan.

Never heard of people having fun in doing their Phd? Well... I am.

Tuesday, September 20, 2016

Cuti AidilAdha dan Cuti Sekolah

Tanggal 12hb September 2016, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Labbaikallah... Teringat pula saya kisah-kisah sewaktu saya dan ahli keluarga mengerjakan ibadah umrah pada bulan December 2015 yang lalu. Hmm... nanti dalam entry yang lain saya cerita kan ye.

Kebetulan juga, ini adalah minggu cuti sekolah. Dan dikesempatan yang ada, saya dan ahli keluarga telah merancang untuk go for holiday ke Cameron Highland. Nak bawa anak-anak melihat suasana alam di tanah tinggi. Anak-anak pun dah teruja nak petik strawberry katanya.

So bila kita berbicara tentang cuti ni, adakah bermakna saya perlu tutup buku buat sementara waktu? Adakah saya tidak perlu untuk mencari bahan-bahan untuk penyelidikan saya? Adakah saya perlu 'tinggalkan' sementara segala persediaan saya untuk menjalankan penyelidikan ini? Jawapan nya mudah... tidak sama sekali! Secara harafiahnya, dalam masa bercuti pun saya perlu untuk buka buku. Baca di setiap kelapangan yang ada.

Tetapi jangan nak salah faham pulak ye. Bukannya saya baca buku je memanjang. Bukannya journals dan articles ni ada kat tangan saya sepanjang hari. Saya baca dan belek bila ada kelapangan masa (cipta lah kelapangan itu kiranya anda tidak menyumpainya).Masa bersama family adalah masa emas yang perlu digunakan sebaik mungkin. Tinggalkan seketika urusan yang lain apabila keluarga ada di depan mata.

So bila nya saya belek articles untuk di baca? Macam saya cakap tadi la... saya cipta kesempatan buat diri saya. Bila lewat malam, semua orang dah tidur, saya ambil buku atau any articles, lalu saya baca. Saya bangun awal dan usai solat Subuh, saya sambung lagi baca buku. Bukan tak boleh pun...

Korang time cuti, ada nak baca buku tak?

Wednesday, September 7, 2016

Gundah Gulana

Sebagai seorang pelajar yang bekerjaya (part time student), saya mendapat saranan untuk sekurang-kurangnya peruntukkan masa 3 jam sehari untuk study; waima ianya untuk baca journals, baca articles atau menulis tesis. So saya pun buat lah sedikit conggakan. Dalam sehari ada 24jam... masa berjaga saya ada 18 jam (aah... saya luangkan masa tidur purata 6 jam sehari). Masa diperuntukkan untuk kerja, termasuk lah dalam perjalanan pergi dan balik kerja, adalah 12 jam. So saya ada balance untuk 6 jam lagi.

Dalam 6 jam ini lah, saya perlu bahagikan masa dengan sebaik-baiknya kerana setelah ditolak 3 jam untuk study, saya hanya ada lagi 3 jam untuk hal-hal lain. Untuk makluman, masa solat dan ibadah adalah masa yang exclusive. So ini saya dah kira awal-awal ye.

So cukup tak masa 3 jam tu untuk 'hal-hal lain'? Nampak macam tak cukup kan? Sebab tu lah suatu pengorbanan harus dilakukan dan ini adalah perkara biasa untuk student Phd macam aku. Ya... masa tidur yang 6 jam tu. Lama benor yob... Cer aku tidur 4 jam je sehari, bukan tak boleh pun. So aku akan ada extra 2 jam lagi. Samada aku nak selitkan untuk masa study or hal-hal lain, itu nanti aku akan putuskan.

Jadinya apa yang gundah gulana sangat tu?

Hihihi... tak ada apa-apa. Biasa la... bila masa berdetik berjalan, dan kita rasa macam belum buat apa-apa sangat, tu yang rasa gundah al-gulana tu.

Is it normal? Ye la kot... (ayat penyedap hati).

Tuesday, September 6, 2016

GANGGUAN ANASIR LUAR

Entry ni bukan hanya tentang aku yang tengah nak cari journals atau tengah nak memulakan penulisan tesis (actually aku baru nak start buat proposal jer). Tapi boleh diguna-pakai buat semua yang sedang bekerja dan rasa nak lebih tenteram tanpa sebarang gangguan dari anasir luar.

Aku yakin benar bahawa dengan adanya gangguan ini, apa sahaja yang kita nak buat, akan tertangguh... kalau tak pun langsung tak disentuh. Kita akan jadi lalai dan alpa lalu terbengkalai lah apa jua yang sedang kita lakukan. Itu le sebabnya kita perlu faham apakah anasir luar yang cuba untuk menganggu kita dan apa cara terbaik untuk kita mengatasinya.

Err... jangan pula korang ingat 'anasir luar' ni sama macam entiti makhluk asing tu ye. Saya pun bukan anggota Seekers yang dok kejar makhluk ghaib. Apa yang saya maksudkan dengan anasir asing di sini ialah gangguan dari alam maya... internet, aplikasi sosial, waima email sekali pun.

Memang selalunya bila kita buka PC kat office tu, perkara pertama yang kita lakukan ialah check our emails. Then tengah dia dok loading tu, tangan kita akan gatal nak bukan Facebook pulak. Hmm.. kat sini aje dah ambil masa setengah jam. Lepas tu gatal lagi tangan tu nak bukak web itu web ini... konon nak cari bahan atau sekadar nak baca news. Konon la...

Ini juga berlaku kat saya. Selalunya awal pagi tu, punya lah berkobar dah set dalam minda yang hari ni nak buat penulisan sampai 1000 perkataan. Letak semua bahan bacaan atas meja; siap ada kopi O panas lagi. Tapi bila dah terjebak dengan 'anasir luar' tadi, masa berlalu ibarat air sungai mengalir deras. Saya bertangguh nak buat apa yang awal tadi saya dah plan nak buat. Akhirnya, bukan 1000 patah perkataan, saya cuma dapat tulis 300 jer.

So satu je cara nak block anasir luar ni. Cut-off the internet line! Boleh? Just jangan 'sambungkan' diri anda dengan dunia maya ini selagi anda masih belum selesaikan kerja yang anda nak buat tadi. Saya lebih tumpukan di sini tentang hal saya yang nak menulis tesis ni (sebab kalau kat office, its a bit difficult for you to just disconnect with the emails and even internet). So nanti, anda akan kurang gangguan nak menyelinap tengok email... nak bukak FB... nak baca news. Untuk pertama kali, mungkin rasa kekok. Tapi buat ajer... lama-lama nanti minda anda akan automatically set that you do not require all these procrastinate things.

Cer cuba...

Monday, September 5, 2016

PERMULAAN DUNIA PHD

Pada 4hb September 2016, aku melangkah kaki sekali lagi ke OUM Kuala Lumpur untuk sesi pendaftaran 'pelajar baru' bagi semester September. Kehadiran ku disambut oleh 4 biji food truck yang menyajikan sarapan pagi dan nice looking ice blended coffee. Nice looking... since i did not buy it; so tak tau le apa rasanya.

Actually aku dah pun berdaftar sebagai pelajar pagi 1hb September 2016 yang lepas. So hari ini cuma sekadar hadir untuk mendengar taklimat OUM dan berjumpa dengan supervior aku. Yes!!! Aku mendapat Dr Fatimah sebagai my Phd supervisor. Memang aku nak beliau jadi supervisor aku sebab... she knows me since i was in my Master before.

So perjumpaan dengan Dr Fatimah tak le lama sangat. She told me about what will be the expectation for this semester and our meet up schedule. Hmm... yang best nya, kami boleh adakan sesi perjumpaan not on weekend. So aku boleh datang on weekdays or boleh juga datang on weekend; up to us. Well... thats what OUM is all about... memberi peluang bagi orang-orang yang dah bekerja macam aku ini untuk pergi belajar. Ianya memudahkan dan bukannya menyukarkan. Tetapi harus diingat! Belajar di sini bukannya senang mudah nak lulus ya. Exam bukannya senang kalau kita tak ulang kaji pelajaran. Ini pengalaman aku waktu buat Master in Counseling dulu. Salah steps dalam assignment, you won't get good mark at the end.

So my next meet up dengan Dr Fatimah will be on 30th Sept ni nanti. Kami akan discuss steps untuk aku buat proposal dan penyediaan untuk proposal defense nanti. Buat masa sekarang, aku perlu lebih banyak baca journals dan tesis-tesis yang ada kena mengena dengan research yang aku nak buat. Dr Fatimah sempat beri soalan kepada aku... "tanya pada diri awak, why you want to do this research and to whom it will benefit to?"

Tu dia... Jujurnya, memang aku ada rasa 'gerun' even just pada hari pendaftaran ni. Secara psikologi nya, ianya datang dari our unconscious mind yang set kan dalam minda bahawa dunia Phd ni sukar. Lalu aku pujuk hati aku dengan ngatakan... ianya bukan suatu yang sukar, its just a journey yang pelum pernah kita lalui. So its more on... banyak persoalan rather on sukar actually.

Berjumpa lagi di lain posting. Aku akan cuba coretkan sekerap mungkin perjalanan hidup ku sebagai pelajar Phd ini. Semoga sentiasa ada kekuatan dalam diri ini untuk mencari ilmu Allah S.W.T.

Wednesday, July 13, 2016

How To Nurture Creativity At Work

There are 2 aspects of creativity at work namely i) creative thinking and ii) creative problem solving. To know one of it is good. But to understand and implement both… is better.

I have a list with me of 13 ways on how to foster and nurture our creativity at work. And am sure the list keeps on going and adding. However today, I will only give 3 of it (so that you can call me later for a full training package on this topic J).

1)      Good communication. Talk with the ‘same language’ with everybody that we work with. Make sure that all employees / workers well known about our policy, our core values, our mission and our vision. All of us would like to make the world a better place. But how many of us have a plan for how we going to do that? Well… its all start with a good communication.
2)      Don’t be critical on ideas. I read somewhere… “it takes 10 bad ideas to reach a good and implementable one good idea.” There is no bad ideas, similar to there is no stupid question. It is just how we look at the opportunity and change it to become a reality at workplace. This I saw as one of the core of creativity at work.
3)      Leave your ego. Psychologically, each individual is having 3 parts of his/her psyche (though it is usually unconsciously understand) – id, ego and superego. The only part that conscious to us is… the ego. Leadership at work place isn’t all about you; it’s about serving the vision and the people who will make it come alive (Blanchard, et. al.). With a good practice, together we can develop passionate and engaged team members in our company and acting as one system.

Happy working day to all.

Wednesday, June 15, 2016

PERSEDIAAN NAK BUAT PHD

Kalau ikut fitrah, saya belum boleh nak bagi komen tentang cara... rasa... feeling.. bagaimana nak berhadapan dengan cabaran getir berhadapan dengan Phd ni.Saya pun tak boleh nak cakap yang buat Phd ni susah, sebab saya belum lagi start buat Phd (eventhough dah buat brief proposal). Sebabnya, saya hanya akan 'masuk class' pada semester Jun nanti... in syaa Allah.

Saya nak bagi 3 tips bagaimana untuk bersedia untuk melangkah kaki sebagai seorang pelajar Phd. Harus diingat, ini cuma pandangan peribadi saya yang kurang pengalaman, apatah lagi kurang pengetahuan. Nanti kalau anda baca dalam tips-tips di bawah ni, kalau anda nampak perkataan KERJA, itu saya rujuk kepada perkataan BELAJAR ye.

1. Pilih dengan teliti dengan siapa anda nak buat kerja nanti.
Bila anda teruja untuk sambung belajar Phd, jangan hanya meneliti dan menilai universiti yang akan anda pilih. Ini adalah kerana, anda juga perlu consider siapakah supervisor anda dan siapakah research group anda nanti (jika ada). Melalui pembacaan, saya boleh rumuskan bahawa "untuk ditawarkan menjadi pelajar Phd adalah jauh lebih mudah dari menyelesaikan tesis anda itu nanti." Kejayaan anda nanti banyak bergantung kepada tip ini... dengan siapa anda ingin bekerja dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar Phd. Percaya lah, ianya akan memberikan impak yang besar kepada kajian anda nanti.

2. Anda bukan seorang pakar (belum lagi).
Konon kata (konon la...), bila dah buat Phd ni, kita la yang the best among the best. Ok la tu... sebab ayat cenggini lah yang boleh dijadikan semangat dan motivasi untuk kita berjaya, ye tak? Kita sedia maklum, ikut statistik, hanya 25% pelajar sarjana muda yang akan teringin untuk meneruskan pengajian di peringat sarjana (Master). Dan dari jumlah itu pula, hanya 10%-20% yang akan melangkah ke gerbang Phd. Secara kasar, daripada 40 orang pelajar, hanya 1 atau 2 orang sahaja yang akan sambung pengajian ke peringkat Phd. So dari omongan ini, selalunya, pelajar Phd akan cakap "they are the best among the best".

Dalam dunia Phd, anda bukannya at the top tau! Anda sebenarnya seorang novice yang akan terkial-kial nak buat research. Jangan riak nak cakap yang anda dah cukup bagus. You actually start all over again with a new way of study. Your grade waktu kat peringkat sarjana dulu tak boleh diambil kira sangat. Anda akan memerlukan skil baru untuk mengharungi dunia Phd ni. No exam... no lecturer notes.

3. Mula sedari awal.
Kalau kat peringat bawahan, bila anda buat salah, sure lecturer akan tegur (ada jugak yang kena marah, atau lecturer tu sendiri yang merajuk keluar class). So begitu juga dengan pelajar Phd... mereka lebih mudah berasa takut untuk melakukan kesalahan sebab takut kena marah dengan supervisor. Laa... pulak dah. Setahu saya la (bukan dari pengalaman ye), bila buat Phd ni, kita tak dapat lari dari melakukan kesalahan. Tapi kita akan belajar dari kesilapan ini... kita akan kaut pengalaman berharga melalui kesalahan yang kita dah buat.

Jadinya, kita kena mulakan dari awal lagi. Apa yang nak dimulakan? Baca... baca... baca... Kita akan perlu membaca beratus-ratus articles and journals. Sebatikan semua itu ke dalam jiwa anda. Buat plan untuk apa yang anda nak buat untuk 3-4 tahun akan datang. Kalau semua ni anda nak mulakan dalam tahun kedua, lambat dah tu! Buat awal... plan awal... kot boleh siapkan awal nanti.

Cam saya cakap tadi, ini cuma pandangan peribadi saya sebagai seorang bakal Phd candidate. Anda mungkin boleh jumpa dengan 1001 buku / articles tentang tips-tips cemerlang untuk menjadi seorang pelajar Phd. Read it if you want. Sehingga bertemu lagi di lain entry...